Diam sebentar.
Diam dan fikir,
Apa yang kau akan jawab,
bila malaikat tanya tentang Tuhan kau di dalam kubur kelak?
Diam sebentar.
Diam dan fikir,
apa yang kau nak rasa dalam kubur nanti.
Panas?
Sejuk?
Kau saja yang boleh ubahnya.
Diam sebentar.
Diam dan fikir,
bila kau akan mati,
bila tarikh yang kau nak,
sungguh kau bodoh kalau kau fikir kau yang tentukan,
kerana Tuhan yang tentukan,
bila kau berumah di kubur.
Diam sebentar.
Diam dan fikir,
selama kau hidup,dosa apa yang paling besar,
dosa yang kau rasa sangat sangat sangat
sangat sangat sangat berdosa,
dah ingat?
Diam,biar tuan empunya badan yang tahu.
Agak agak,dosa itu Tuhan dah maafkan?
Dah ampunkan?
Itu kerja Tuhan,tak perlu banyak soalan.
Janji kau dah bertaubat.
Janji kau dah insaf.
Diam dan fikirkan semua itu.
Dan lakukan tindakan yang sepatutnya,
bukan yang sebaliknya.