Fixi

Lama sungguh tak menaip di blog ni.
Apa khabar? Oh ye,lupa nak bagi salam.
Assalamualaikum.


Sambil layan lagu Daughtry,aku menaip blog ini.
Tajuk di atas yang aku mahu sembang ialah bukan pasal
basikal Fixie yang digilai ramai remaja yang dok menunjuk
kat depan sekolah tu.
Fixi yang aku maksudkan ialah buku dari FIXI.
Tak faham? Google sana.


Dah faham? Mari saya teruskan.


Aku begitu frust apabila tak dapat beli kat The Curve hari Sabtu haritu. Pergi lawan boling. Tuisyen Mawar buat.
Kami kalah teruk. Saya dapat 3 strike,2 spare.
Terukkan?
Ramai lagi yang hebat.


Eh,lari topik.


Semalam suruh kakak belikan sebab nak habis baucar buku dia tu.Tapi sayang,takde pula buku fixi.
Aku mahu buku fixi yang :-


INVASI.
Ahmad Biyani seorang jurutera,kaki sosial dan kaki perempuan,takkan menyangka dunianya yang mewah dan melalaikan bakal musnah sekelip mata. Sesuatu yang tak diduga oleh manusia akan berlaku.
Sebuah portal muncul di tengah Kuala Lumpur, memuntahkan alien sadistik yang kemudiannya digelar Penceroboh. Dengan teknologi dan kekuatan tentera yang tiada tandingan, para alien memusnah dan membunuh tanpa belas. Adakah seluruh negara akan jatuh ke tangan mereka?
Bayani harus memilih samada menyelamatkan diri ke utara, atau menyertai kumpulan pemberontak bawah tanah yang bertekad untuk mengambil semula kota dari Penceroboh.
Di dalam kemusnahan itu juga, Bayani berdepan semula dengan kisah silamnya; ibunya yang telah lama hilang, dan kekasih yang terhalang.
Hari INVASI bermula, dan nasib umat manusia akan berubah buat selamanya.
Penulis:  Raja Faisal.
Gempak kan? Sumber dari fixi.com.my