Bumi,Matahari dan Aku.

Ini cerita rekaan.


Suatu pagi yang hening,aku dikejutkan dengan matahari yang menyelinap di segenap ruang tingkap di sebelah katil ku. Amat silau mataku. Kacau sungguh matahari ni. Tidur lepas subuh sangat nyenyak tahu.


Tengahari: Aku mulakan aktiviti harian dengan membonceng motor dengan menuju ke tempat yang aku sendiri tak tahu. Cuaca panas. Panas sangat.
Helmet bahagian dalam pun basah disebabkan peluh aku yang tak henti keluar ni.
Singgah kedai apek,beli choki choki. Agak tak matangkan? Daripada aku merokok,baik aku ber-choki choki. Manis. Sedap. Sesuai disemua peringkat umur.
Selesai ber-choki choki,aku pun lepak seorang diri di kedai mamak berhampiran. Menjamu selera. Nasi lauk ayam goreng sama sayur. Bajet tak cukup. Makan tu aje lah. Sedang enak menjamu selera,bumi bergoyang.
Aku cuak. Ayam yang berada di tangan,kini jatuh ke lantai. Manusia jerit tak henti. Aku masih termenung,adakah sudah tiba masanya? Masa bumi untuk hancur?


15 minit bumi bergoyang,kedai mamak hampir kosong tiada manusia. Hanya aku dan beberapa kelibat manusia yang sama seperti aku: Termenung.
Tiba tiba,tanah bersuara. Aku terdiam. Tanah berkata: "Aku ialah bumi. Sekarang aku sudah berhenti bergoyang. Aku hanya mahu berkawan kerana aku sunyi. Dan siapa siapa yang mendengar suara aku,maka itu lah yang aku pilih sebagai kawan aku" Aku memandang sekeliling,sedang memastikan siapa yang mendengar suara bumi. Bumi behenti bergoyang. Namun hanya aku yang tergamam kerana aku seorang saja yang mendengar suara bumi. Seram tahap maksima.


4.30: Aku dan bumi. Bercakap. Aku hanya bercakap dalam hati untuk bercakap dengan bumi. Keadaan semaking normal. Aku bertanya pada bumi,mengapakah bumi bergoyang. Bumi jawab: "Aku mahu mencari kawan. Aku bosan. Duduk,mengelilingi matahari sebesar yang amat. Aku pun mula mencari kawan yang ada dalam diri aku." "Planet lain mana? Tak kawan dengan kau?" kata aku. Bumi balas: "Tidak. Mereka tak endahkan aku. Bugima" 


1 tahun: Selepas sekian lama berkawan dengan bumi,aku semakin ceria. Tidak seperti dahulu kala. Merayau tiada hala tuju. Ber-choki choki sendirian. Bumi banyak mengajar aku. Memberitahu aku tentang apa yang berlaku zaman dinasour. Zaman nabi. Bumi banyak menyuruh aku pergi ke tempat di mana pemandangannya amat indah sekali. 
Pada suatu petang,aku tanya dia: "Bumi,mengapa badan kau semakin panas?" Bumi jawab: "Kau perlu tahu,aku tak panaskan badan aku. Aku tak bersenam pun. Aku pun rasa badan aku panas. Tetapi,aku tidak tahu apakah punca badan aku panas. Cuba kau tanya pada matahari mengapa dia begitu panas" "Eh,macam mana nak tanya dia? Dia tak berkawan dengan aku lah."
Tiba tiba,cuaca gelap serta merta,kecuali awan yang menerangi tepat di atas kepala aku. Aku nampak,cahaya besar datang ke arah aku. Dan berkata: "Hai,nama aku Matahari. Kau manusia kan?" Aku pengsan.


5 bulan kemudian: Selepas 3 bulan aku pengsan,bumi mengejutkan aku dengan cara bergoyang. Lalu aku pun sedarkan diri. Bermacam soalan dia tanya pada aku. Aku hanya diam tak menjawab. Tiba tiba,ada suara dalam otak bertanyakan khabarku. Aku pelik. Lalu aku tanya pada bumi: "Bumi,mengapa ada sesuatu di dalam otak aku yang sedang menanyakan khabar tentang aku?" Bumi jawab: "Itu matahari. Dia takkan muncul kan diri dia lagi seperti 5 bulan yang lepas. Dia hanya bercakap dengan kau dalam otak kau" Aku hampir pengsan. Nasib aku tak pengsan. Kalau tak,mau lagi 5 bulan baru bangun.


12 hari kemudian: Aku sudah selesa berkawan dengan bumi dan matahari. Aku hanya cakap dalam hati dan sebut nama mereka,mereka akan balas. Pada suatu hari,aku tanya pada matahari: "Matahari,mengapakah kau terlalu panas? Dan kau halakan pandangan kau ke arah bumi. Lagi lah panas. Tak kesian ke pada manusia di bumi ni?" Matahari jawab: "Itu suruhan Tuhan. Aku laksanakan tanpa banyak bunyi." Aku tergamam. Sedangkan,matahari yang sebesar besarnya,sepanas panasnya,semua planet mengelilinginya,taat pada suruhan Tuhan. Kita?