Didi dan Rudi.
Bersama kemana saja.
Hidup bersama.
Tetapi bukan darah daging yang sama.
Cuma jenis haiwan yang sama.
Kucing.
Didi dan Rudi.
Suatu hari,salah seekor kucing ini,akan mati.
Kucing yang mana satu?
Didi dan Rudi.
Mencari makanan di bandar.
Mencari makanan di tong sampah.
Mencari makanan di mana saja.
Walau tak sedap,walau membahayakan kesihatan,
Didi dan Rudi tak kisah. Janji perut mereka di isi.
Walaupun tulang tajam di telan,
rasa pahit di telan,
racun dan tahi di telan,
ini lah kehidupan kucing jalanan.
Ini lah cabaran kucing jalanan.
Tidak dibela.
Harus berdikari kalau nak hidup.
Sepak terajang,maki hamun,sudah biasa kena.
Rudi dan Didi.
Pada suatu hari,
Rudi mencari makanan untuk Didi.
Didi cedera.
Kaki Didi patah.
Cedera parah.
Rudi mencari makanan di bandar.
Terpaksa mengharungi cabaran yang sukar.
Demi cintakan sahabat,sanggup mengadaikan nyawa untuk mencari makanan.
Rudi dan Didi.
Didi menunggu di tepi lorong.
Menyorok di belakang tong sampah.
Takut. Cuak. Sakit. Risau.
Menunggu kehadiran Rudi yang terlalu lama,
maka Didi membuat keputusan berani : Mencari Rudi.
Rudi dan Didi.
Didi mencari Rudi.
Rudi pulang ke tempat yang sepatutnya Didi menunggu Rudi,tetapi Didi tiada.
Rudi pula risau.
Didi mencari Rudi.
Jalan terhencot hencot.
Didi tidak temui Rudi.
Didi gelisah.
Didi pula lupa tempat yang Didi tinggalkan tadi.
Maka,Didi pun tinggal di sebelah warung yang dah tutup.
Kini,Rudi dan Didi terpisah.
Rudi dan Didi.
Bangun pagi,Didi sedar yang dia bukan lagi di sebelah warung. Ditempat cerah.
Celik saja mata,Didi nampak manusia.
Perempuan lebih tepat lagi.
Perempuan itu menjaga Didi.
Membalut luka di kaki Didi.
Didi gembira. Buat pertama kali,Didi gembira.
Buat pertama kali,dia lupa kan Rudi.
Rudi dan Didi.
Rudi mencari Didi.
Menangis tak henti.
Ingat Didi sudah mati.
Rudi meneruskan kehidupan seorang diri.
Rudi sedih. Ibu Rudi mati waktu dulu. Sekarang,Didi pula mati.
Nasib malang.
Malam menanti siang,Rudi tidur di bawah kereta.
Menangis tak henti. Kehilangan Didi tercinta.
Rudi dan Didi.
Bangun pagi,Rudi berada di tempat cerah.
Cuma,cerah dan kelabu.
Cerah dan kelabu.
Sekejap cerah,sekejap kelabu.
Baru Rudi sedar,sebuah tayar baru saja melenyekkan diri Rudi.
Baru Rudi sedar,yang Rudi akan pergi,bertemu Tuhan dan bertemu Didi.
Rudi cuma nampak,cerah,kelabu,cerah,kelabu.
Rudi sekarang nampak,cerah,kelabu,cerah,kelabu,cerah,hitam..
Rudi dan Didi.
Didi dibawa ke rumah perempuan yang menjaga Didi.
Didi gembira.
Didi diletakkan di dalam kereta.
Semasa kereta diundurkan,Didi ada rasa yang kereta itu terlanggar sesuatu di bawahnya.
Didi hiraukan saja.
Kerana Didi gembira mendapat tuan baru.
Didi sudah lupa tentang Rudi.
Rudi berharap agar bertemu Didi di syurga,namun,
hanya Rudi seorang yang ke syurga.
Didi,masih di bumi,gembira mendapat tuan baru.
Rudi redha.
Didi.
Sekarang,hanya tinggal Didi..