Pelupa.

Satu cerita,aku mahu kongsi sama kamu.
Cerita ini ada kaitan tentang penyakit lupa.
Oh sebelum tu,aku mahu menerangkan apa itu penyaki lupa.


Lupa ialah satu penyakit yang ada pada hampir semua manusia di bumi kecuali Rasulullah SAW. 
Dari apa yang aku baca,Rasulullah SAW tiada penyakit lupa. Kan?
Penyakit lupa ini bergantung pada seseorang menjaga otaknya.
Kalau asyik makan kepala ikan,memang lah pelupa (menurut apa yang orang tua tua cakap lah)


Pelupa.
Ramai manusia yang pelupa. Mereka hanya ingat peristiwa besar yang berlaku pada diri mereka sendiri. Contoh kalau mereka pernah mengalami satu kemalangan. Di mana kaki mereka hilang.
10 tahun kemudian,dia mahu cerita pada cucu dia atau anak dia. Kalau seorang pelupa,kemungkinan hari dan tarikh kejadian tu mereka lupa. Mereka hanya ingat bagaimana kejadian itu berlaku. Tempat juga mereka mungkin tak berapa nak ingat.


Berbalik kepada cerita yang aku mahu kongsikan pada kalian..
Cerita apa yang aku mahu kongsi?
Ah sudah,aku lupa..