Duduk di beranda rumah ku. Sambil menunggu isteri masak tengahari,aku pun mengenangkan kisah silam aku yang penuh dengan dosa dan maksiat. Betapa Tuhan itu Maha Pengampun,Maha Pengasih dan Maha Penyanyang..
Nama aku Zamir. Ibu panggil Amir. Member panggil Zam. Ex panggil Zam babi. Umur aku 35 tahun. Setelah 16 tahun dipenjarakan,aku dibebaskan. Aku masih lagi pelik. Bagaimana aku,seorang manusia yang teruk dan kejam,dibebaskan dari penjara dan dibebaskan dari hukuman mati. Aku memang tak pandai dalam bab agama mahupun undang undang,tapi setahu aku,orang seperti aku memang layak mati.
Aku dulu memang teruk. Pada umur 17 tahun,aku sudah pandai teguk arak. Sekolah? Tak pernah pergi. Aku berasal dari keluarga yang teruk dan miskin. Ayah aku hanya tahu mabuk,berjudi dan bergaduh. Adik aku sudah jadi bohsia entah di mana. Aku pernah mempunyai abang,namun dia dah mati akibat dadah. Disebabkan mereka,aku terpengaruh dan jadi jahat. Jiran aku semuanya benci pada keluarga aku. Hanya ibu aku sahaja yang baik. Kira beriman lah juga dari kami semua. Dan orang yang baik,pasti ada ujian. Segala kutukan dan makian,semuanya dilemparkan pada ibu. Ibu sabar. Ibu hanya menjual nasi lemak di waktu pagi dan keropok lekor di waktu petang. Orang disekeliling memang benci pada ibu aku. Mereka pernah merompak ibu. Ibu tetap sabar. Bila ibu pulang ke rumah,ayah aku sedang berasmara dengan perempuan mana dan aku dah keluar. Ibu hanya mampu sabar,sabar dan bersabar. Tinggi sungguh iman ibuku. Entah bagaimana,dia boleh berkahwin dengan ayah aku yang teruk masam setan,aku pun tak tahu. Orang pernah cakap, "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik." Tipu sungguh.
Aku ini jahat. Aku pernah membunuh,merogol,melancap,merompak,mabuk,berjudi dan menculik. Namun,aku tetap diberi peluang kedua oleh Yang Maha Esa. Sepanjang aku dipenjarakan,aku belajar banyak benda. Di dalam penjara,aku boleh bezakan kehidupan yang teruk dan kehidupan yang baik. Di dalam penjara,aku boleh melihat kebodohan manusia yang manusi lain tak nampak. Di dalam penjara,dunia sudah huru hara. Memang penjara untuk orang jahat,tetapi ianya penuh dengan kebaikan. Aku berubah dan berubah dan berubah semasa dalam penjara. Hukum karma memang wujud dan aku menjadi mangsa. Pernah dipukul,di rogol (gay),di pijak,di maki dan di ludah. Pernah tak makan selama 4 hari kerana perut dipijak. Memang menyeksakan. Namun,ianya mengubah aku untuk menjadi manusia yang lebih baik. Ustaz pernah kata "Jika hidup penuh dengan dendam maka tidak bahagia lah kita. Kita harus melepaskan dendam dan hidup dalam kegembiraan kerana Tuhan hanya beri kita hidup sekali saja".
Sepanjang hidup aku yang penuh dosa dulu,aku mempunyai duit yang banyak dan hanya 3 orang yang aku sayang. Dan 3 orang itu semuanya mati disebabkan aku. Pertama ialah Kamal,rakan seperjuangan dan rakan sepenjenayah. Dia ni seorang yang gila. Kami tinggal serumah,buat jahat bersama,rokok pancung dua,biskut tin kongsi. Manusia yang paling jahat tapi baik dengan aku. Kedua,Emilia atau dipanggil Amy. Seorang bohsia 24 jam,cinta hati aku,tempat meluahkan perasaan,memuaskan nafsu syahwat dan melepaskan stress. Bila di gambarkan muka nya yang putih,badannya yang mantap mengalahkan Nora Danish dan kaki nya yang panjang,memang boleh membuatkan mana mana lelaki jadi ghairah. Dan orang ketiga pula,manusia yan paling aku sayangi,cintai dan tabah menempuh dugaan,ibu. Nama nya Norsuraya binti Saad. Segala pengorbanannya takkan dapat aku balas. Tetapi mereka semua mati berpunca dari aku. Aku yang bodoh lagi penakut. Kisahnya,satu hari,bos aku bagi aku tugas ; mencuri dadah dari negro dan bawa ke indon. Aku sedar,ini kerja orang hebat,dan aku bangga kerana dapat buat kerja ni. Bos suruh aku bawa budak budak. Tapi aku degil,aku bawa Kamal dan Amy saja. Dan disitu lah kesilapan aku bermula. Setelah semuanya dirancang,Amy memandu kereta,aku dan Kamal mencuri dadah. Dipendekkan cerita,aku dan Kamal terus masuk rumah negro dan dua orang memberhentikan langkah kami. Badan tegap. Nak bantai kami. Dinatara kami berdua,Kamal tinggi dan tegap. Disebabkan aku penakut,aku suruh dia gaduh dengan negro,walhal aku yang kena gaduh. Sedang Kamal sibuk bantai negro negro tu,aku lari dan curi dadah dalam rumah. Semasa curi,sorang negro datang dan pukul aku. Aku menjerti kesakitan. Demi dadah dan ganjaran yang lumayan,aku bangun lalu tibai negro sampai pengsan. Lalu aku terus lari dari rumah. Kelihatan Kamal dah letih. Dua negro tu tumbang. Hebat sungguh Kamal. Tak rugi aku kawan dengan dia. Sebaik saja aku dan Kamal mahu keluar dari rumah,negro yang aku tibai tadi,dari atas dia jerit lalu tembak Kamal. Disebabkan aku takut,aku biarkan Kamal sakit seorang diri lalu pergi bersama Amy. Aku dan Amy lari ke hotel yang murah. Malam itu,kami tidur di situ dahulu. Pada waktu pagi,selesai sesi bersetubuh,kami keluar dari hotel dan terus ke airport. Sepatutnya aku yang menghantar dadah tu ke indon tapi disebabkan aku takut,aku suruh Amy pergi. Disebabkan cinta,dia sanggup pergi. Aku hulurkan beg yang berisi 10 bungkus dadah dan berikan pada Amy. Sebaik saja tak nampak muka Amy,aku terus keluar dari airport dan balik rumah. Malam itu,keluar berita bahawa Amy ditangkap oleh kastam di Malaysia. Terkejut aku dibuatnya. Aku mula cuak. Fikiran aku hanya tertumpu pada apa yang Amy akan cakap pada polis tentang aku. Tiba tiba,gambar aku muncul di skrin. Celaka. Amy membongkar kan rahsia. Namun,Amy tetap dimasukkan ke dalam penjara dan dipenjarakan seumur hidup. Lihat,dia yang seludup dadah pun penjara seumur hidup. Aku yang buat banyak dosa pun,dibebaskan. Pelik. Ajaib. Tuhan itu Maha Pemurah. Aku pun mula cuak dan cuak dan cuak. Ibu terkejut melihat gambar aku muncul di berita. Aku di cari oleh polis. Sial. Ibu pun menghubungi polis. Sedang ibu cakap dengan polis bahawa aku berada di rumah,aku terus menikam ibu sendiri. Aku tahu,ibu malu dengan aku. Lebih elok jika aku ditangkap. Aku pun kasihan pada ibu. Setelah apa yang dia korbankan,akhirnya dia yang terkorban. Fikikan aku mula serabut. Dengan Amy yang sudah ditangkap,dengan polis yang sedang mengejar aku,dengan mayat ibu yang terlantar di dapur. Aku semakin berdosa. Aku menyorokkan mayat ibu di dalam stor. Selesai kemas,aku pun keluar dari rumah.
Rupa rupanya,Tuhan memang adil. Sebaik saja aku keluar dari rumah,polis sudah mengepung rumah aku. Aku ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Disebabkan aku terlalu malu,aku tak dengar apa yang hakim punya keputusan. Rupanya,aku hanya dipenjarakan selama 16 tahun. Aku pelik sungguh dengan keputusan mahkamah. Adakah mahkamah makin bangang atau Tuhan beri aku peluang kedua? Walau apa pun,aku sudah berubah. Tuhan tahu,dengan cara ini,aku boleh berubah. Tuhan tahu,jika aku diberi peluang kedua,aku akan gunakan dengan sebaik mungkin. Tuhan tahu.
Kini,aku sudah mempunyai keluarga yang baik,pekerjaan yang halal dan rezeki yang halal. Walaupun tidak sekaya mana,namun aku tetap bersyukur. Aku mempunyai 3 orang anak. Anak pertama anak perempuan. Aku namakan dia,Nur Suraya. Aku namakannya sempena nama ibu tercinta. Anak kedua anak lelaki. Namanya Ahmad Kamal. Aku namakannya sempena kawan baik aku. Dan anak terakhir,aku nama kannya Emilia sempena nama Amy. Aku nama kan mereka dengan nama orang yang aku sayang. Kenapa? Aku tak pernah beritahu mereka bahawa aku sayang mereka sewaktu mereka hidup dahulu,jadi,aku akan beritahu setiap hari pada anak anak aku bahawa aku sayang anak anak aku. Dan tiap kali selepas solat,aku berdoa dengan doa yang sama. Dan setiap kali aku berdoa,aku menangis.
"Ya Allah Ya Tuhanku. Ampuni lah dosa ku. Ampuni lah dosa ku. Ampuni lah dosa ku. Panjangkan lah umur aku dan keluarga ku. Berkati lah kehidupan kami. Berkatilah rezeki kami. Lindungi lah kami. Pelihara lah kami. Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,aku bersyukur kerana diberi peluang yang berharga untuk terus hidup. Walaupun dosa aku banyak,Kau tetap beri aku peluang untuk berubah dan hidup. Terima kasih Ya Allah. Ya Allah,tempatkan lah Nor Suraya binti Saad,ibu ku,Muhammad Kamal,kawan karib ku,dan Emilia,ke dalam syurga Mu. Mereka semua mati kerana aku. Aku yang berdosa,aku yang bersalah. Mereka tidak bersalah Ya Allah. Tempatkan mereka di dalam golongan orang yang beriman. Ampuni lah dosa mereka. Ampuni lah dosa mereka. Ampuni lah dosa mereka Ya Allah."
Itu lah kisah aku.
"Jika kita diberi peluang kedua,gunakan lah dengan sebaik mungkin dan jangan sia sia kan peluang itu. Kerana kemungkinan besar,kita tidak akan dapat peluang ketiga."