Selamat Hari Gurrru

Guru. Cikgu. Tuan Guru. Master. Tok Guru.

Guru.
Apa pengorbanan dia? Apa jasa dia? Apa yang dia buat sampai terciptanya hari yang istimewa buat mereka?

Sesungguhnya,jasa mereka tidak dapat kita balas sepanjang kita hidup. Mereka banyak berjasa kepada manusia. Sesungguhnya,mereka yang berjaya sekarang,dulunya dia diajar oleh guru. Tetapi setelah dia jadi kaya dan berjaya,guru itu dimana? Mungkin masih lagi mendidik manusia lain supaya berjaya seperti muridnya yang lain. Betapa rendah dirinya guru. Rasulullah juga guru. Betapa tingginya darjat seorang guru.

Di sekolah,mungkin ego kita tinggi melangit sehingga menyumpah guru,tidak dengar nasihat guru. Namun di sudut hati kita,kita masih sayang akan guru kita. Bayangkan,tanpa guru di sekolah,siapa yang nak ajar kita?
Ibu bapa mungkin sibuk/tak reti ajar. Jadi,siapa lagi kita nak harapkan? Diri sendiri? Pftt. Suruh iron baju pun malas,nak belajar sendiri hingga ke menara gading? Tahi lah. Kepada guru kita bergantung untuk belajar.

Berterima kasih lah kepada mereka dengan cara yang sesuai. Tak semestinya kena bagi beg tangan LV mahupun jean yang mahal gila babs. Tak semestinya kena datang sekolah semasa hari guru. dan tak semestinya kena bercinta dengan guru yang muda tu. cukup untuk melafazkan terima kasih kepada mereka dan berjaya dalam hidup. sesungguhnya melihat anak muridnya berjaya,merupakan suatu kepuasan buat mereka.

Selamat Hari Guru kepada guru guru yang mengajar murid bangang seperti saya. Terima kasih kerana sanggup menghabiskan masa di sekolah untuk ajar anak orang. Terima kasih banyak banyak. Sesungguhnya,seumur hidup ini tidak mampu untuk ku balas jasa mu.


"Sesungguhnya kau lah ibubapa kedua di sekolah. Dan darjat ibubapa itu tinggi yang amat. Dan kau layak untuk dihormati seperti ibubapa."