yang benar

ketika hati di robek di carik
ketika hati hilang punah musnah
ketika dunia gelak akan kebodohan diri
ketika kecewa menjadi biasa
munculnya si dia.

si dia muncul
bersama seribu bintang
bulan bertambah terang
matahari bertambah cerah
pada mata kasarku
yang penuh kesedihan dan kekecewaan

dunia berhenti seketika
memandang si dia yang amat indah
sempurnanya dia hanya aku saja yang nampak
segala kekurangan dia buat aku lebih cinta
kerana kekurangan aku jauh lebih teruk.

adakah bermimpi di siang hari
atau gila sudah aku
kerana si dia datang dalam hidup aku
menegur,bercakap,berkasih,bermanja
adakah ini balasan tuhan
kerana si dia sentiasa berada di sisi
begitu juga dengan aku

yang benar,dirinya indah
yang benar,dirinya sempurna
yang benar,sayangku padanya
yang benar,ini cinta.

peh.