apa rasanya

apa rasanya
untuk menjadi anak emas
di dalam keluarga bahagia
yang dipuja puja
oleh jiran tetangga

apa rasanya
untuk menjadi pilihan pertama
oleh gadis gadis rupawan
yang memandang mu
sebagai lelaki menawan

apa rasanya
untuk menjadi bahagia
disaat orang lain kesusahan
sedang engkau duduk bersahaja
memandang golongan rendah
bermati matian
mengharungi hidup celaka

apa rasanya
untuk duduk di puncak dunia
memegang manusia dan dunia
merasa diri itu hebat belaka

apa rasanya
                  kerana aku tak pernah rasa

q