lek,ni bukan puisi
seperti yang kita tahu,gadis gadis remaja selalu beranggapan negatif tentang lelaki. betapa mereka benci kepada lelaki yang bersifat 'jerk',jahat,kejam dan sebagainya. ada yang mengatakan bahawa semua lelaki sama saja. pedih lelaki dengar.
perbuatan kejam lelaki selalunya ialah meninggalkan gadis itu,melukakan hati dia dan sebagainya. hampir semua 'mangsa' kekejaman lelaki ini meninggalkan lelaki itu dan berjumpa dengan lelaki yang lebih kejam lagi lalu pisang berbuah dua kali yakni hati perempuan dilukai sekali lagi
rahsia supaya hati tidak terluka? adakah semua lelaki sama?
tidak perlu jumpa lelaki yang salah
semua lelaki tidak sama termasuk ayah kau sendiri
tadaa
lelaki yang kejam ada dimana mana,lelaki yang bodoh merata rata. namun terdapat berjuta lagi lelaki baik dan selalu dilukai oleh perempuan. tetapi lelaki lelaki tersebut jarang meluahkan perasaan mereka seperti perempuan kerana mereka malu. kalau ada tu,gedik betul
mereka sentiasa menunggu kamu,wahai para gadis yang hati terluka. mereka pernah datang dalam hidup kamu barangkali namun kamu menolak mereka atau melihat lelaki lain yang lebih bagus darinya. ataupun lelaki baik pernah menjadi teman kamu namun kamu yang melukai hati mereka.
ini bukan lah satu permintaan murah lelaki supaya semua perempuan minat kepada kami para lelaki,namun ini hanya lah aduan para lelaki kerana saya juga lelaki. sudah tidak sanggup melihat aduan dan luahan perempuan di laman sosial mengatakan mereka sering ditipu dan dilukai dan mengatakan lelaki semuanya sama.
tentang masalah cinta dan sebagainya,saya bukan lah seorang doktor cinta mahupun pakar cinta kerana saya pun bodoh juga.
mahalkan cinta kamu
agar tidak dimurahkan diri itu
agar hati tidak terluka
oleh janji manis para celaka
sekian