tipu saja

pandang mata ini
tenung ia
katakan saja
dunia realiti tidak wujud
dunia fantasi alam bahagia
itu wujud

pandang mata ini
genggam bara api
katakan ianya sejuk
kerana aku mahukan ia sejuk

lihat dunia ini
katakan semua perang itu dusta
katakan tiada perasaan benci
walau sehalus benang
walau sekecil kuman

kau pandang diri ini
kau tenung mata ini
diri yang hina jijik
mata yang menahan perit pedih
jiwa yang terseksa zahir batin
dek kerana menerima kebenaran

tipu saja diri ini
kerana kebenaran itu benar menyakitkan
kerana penipuan lebih indah untuk disimpan
walau ku tahu ia hanya sementara
kerana bahagia sementara itu sudah cukup
buat diri yang sudah lama
tidak berjumpa si bahagia