adiktif

kopi yang harum
semerbak rambut mu nan wangi
bernari di hidung mengejutkan pagi
memulakan hari indah bersama kamu di sisi

begitu yang aku mahukan
kau disini bersama aku
beri kafein dan aku cergas
agar tidak lentok di sisi mu
kerna wajahmu aku mahu lihat
tanpa kelip walau sesaat

kau adalah adiktif ku sayang