andai sakit ini dapat bernyanyi
maka tiada yang mendengarnya
kerna tidak semua manusia
mahu mendengar sakit orang
andai kutukan yang aku terima ini
diubah dijadikan pakaian
maka semua manusia berbaju lebihan
andai perasaan ini dibuat begitu
maka ranaplah bumi ini
dek kerna dipenuhi perasaan sepi nan celaka