ikhlas

susah benar mulut simpan rahsia
dari bicara akan kebaikan diri
harus dicanang setiap telinga
bahwa amalannya mulia sekali

dikejar perhatian manusia
didengar teliti kata manusia
sehingga diabaikan Tuhan
melepaskan syurga begitu saja
kerana hati ikhlas tiada