paranoid


terlihat patung disimpan rapi
walau berhabuk, elok dijaga
tiada cacat namun tiada gembira
kerna tuan empunya takut
akan kehilangan patung dicintai

begitu lah yang aku mahu
simpan kamu diam diam
agar yang lain tidak lihat kamu
lalu mencuri dan menyimpan kamu

kerna takut tragedi berulang
tuan empunya simpan seorang
kerna patung dahulu
sudah dirampas orang