yang pergi biar pergi
walau diri mahu ikut bersama,
yang pergi bersama amalan
yang kita bersedih bersama
namun terus tabah hendaknya
biar bersedih namun tidak teriak
kerna sekuat mana teriakan mu
tidakkan mampu bangkitkan yang tiada
buat kita hanya mampu berdoa
kerna itu yang seeloknya
agar yang tiada itu bangkit
di kalangan mereka yang mulia