kebenaran


di sini aku perhatikan,
yang benar berbunuhan
sesama yang benar.
siapakah yang benar?
keliru
jawab yang benar itu sendiri

apa yang mahu aku jelaskan
selagi kebenaran itu
tidak engkau lihat
tidak engkau kecapi
tidak engkau tahu akan bezanya,
jangan pernah engkau memperjuangkannya

ada mungkin engkau juga bukan yang benar