oh gadis,
kehausan akan populariti
menjadi tarikan utama para lelaki
lantas dihidangkan aib dan maruah
terus diterkam dengan kejam
oleh jerung jerung yang gersang
menangis dan menyesal menanggung malu
berat tak tertahan menanggung dosa
melihat anak yang belum membuka mata
terdampar di baju jalan
selamanya tidakkan membuka mata.
pada awalnya kau mahu mencuri guruh
ingin dipuja dan disembah
sedangkan kau hanya mencari kemurkaan Dia