pendapat : piala biadab

assalamualaikum dan selamat sejahtera. saya ingin memberikan pendapat saya ataupun satu closure dan penutup (kepada diri saya) berikutan topik hangat yang baru sahaja berlalu iaitu piala aff suzuki cup yang dimenangi oleh thailand. tahniah diucapkan

namun sudah terang benderang topiknya bukan lah piala itu namun piala biadab berikutan perbalahan remeh di media sosial antara penyokong singapura dan penyokong malaysia. mungkin anda berkata benda ni dah lepas lama,mungkin saya tak boleh move on lagi ataupun anda kata saya ni nak ungkit cerita lama. semuanya itu tidak benar sekali. saya hanya mahu meluahkan pendapat walaupun topik ini telah berlalu tetapi saya tidak lihat sebarang closure atau penamat. ada lagi suara suara halus yang masih mengutuk sesama sendiri ibarat rumah sudah siap,pahat masih berbunyi.

tujuan saya menyatakan pendapat ini bukan kerana mahu mengungkit atau tak boleh move on atau mahu menang bagi pihak malaysia. saya cuma mahu membuat rumusan ekoran daripada perbalahan remeh ini. seperti yang kita tahu,pada aksi final piala itu,malaysia menentang seterunya iaitu thailand namun di media sosial seperti twitter dan facebook,ada piala yang direbut antara malaysia dan singapura iaitu piala biadab. setelah dikaji,ianya bermula dengan penyokong malaysia tidak silap saya (maafkan kalau salah) namun ianya hanya gurauan dan sengaja untuk menyakitkan hati sesetengah penyokong singapura yang tiada unsur jenaka. sesetengah kami (malaysia) menggunakan hashtag keeper kat mana namun mereka (singapura) membalasnya dengan amat amat kasar iaitu hashtag mh370 kat mana. ianya amat amat amat amat kasar dan jauh dari topik. amat amat menyinggung perasaan keluarga dan mereka yang berkenaan dengan mangsa kapal tersebut.

saya tahu,ianya amat menyakitkan hati apabila dikutuk keeper singapura namun ianya merupakan kesalahan dia sendiri. dan mengakibatkan singapura kalah namun perlu ke membalas dengan ayat yang amat menyinggung. memang betul,sesetengah kami tidak matang dalam bergurau sebegitu rupa namun perlu kah kamu mengambil serius? kalau begitu,gaduh la dan saya takkan peduli akan pergaduhan kalian. namun,mengapa dilibatkan isu kapal tersebut? tahu,dalam keadaan marah,disebut segala caci hina,segala isu sensitif tolak sejauhnya,namun sedarkah kita,terlajak kata,tidak boleh berbuat apa.

andai sesetengah kami tidak matang,kamu jadilah yang matang dan membiarkan kami yang sedang berseronok pergi ke final. kamu sudah menang banyak kali piala ini,jadi perlukah ambil serius apabila dikutuk begitu? apakah piala itu lebih penting daripada tragedi yang memilukan seluruh rakyat malaysia? if you guys are the big boys,yang lebih maju,yang lebih kaya,yang lebih cerdik,then act like it. saya bukan berat sebelah atau menyokong malaysia (duhh aku dok malaysia) tetapi,apakah sakit jika bertindak matang? andai kami bersifat kebudak-budakan,perlukah kamu join kami dan berbalah sampai mati? dan sekarang kami kalah,kalian ada peluang nak hentam kami,maka hentam lah. kutuk lah.

andai isu kapal itu tidak dikaitkan,tidakkan saya menulis pendapat saya. saya cuma berasa sedih akan sesetengah atau sedikit rakyat singapura yang bertindak secara tidak matang dan off topic. apa yang saya boleh katakan kepada kedua negara,mungkin kita suka bergurau senda secara kasar dan sebagainya,namun apakah perlu dilanggar segala sensitiviti negara dan bermusuhan? dan bukankah sukan itu menyatupadukan manusia? dan sekarang,kedua dua negara telah mendapat piala biadab. moga selepas ini,kita menjulang piala matang.

andai kerana sukan kita bertelagah dan bermusuhan,berhenti lah menyokong dan bersorak. apa guna bersorak dalam bermusuhan?

pendapat saya mungkin benar,mungkin tidak benar,dan setuju atau tidak,terpulang lah. amat risau,pendapat saya ditentang habis habisan,maka maafkan lah saya. saya hanya budak yang mahu membuka minda sendiri. ampunkan saya. assalamualaikum