di kala hujan begini disini,tertimbul satu pendapat,untuk memuaskan telinga yang bingit dengan perbalahan dan 'perdebatan' di kalangan lelaki dan perempuan. tentang rupa paras.
sebelum itu,ayuh imbas kembali topik topik lain yang sering diperdebatkan dan pada diri saya,ianya tiada berkesudahan dan jawapan. hanya terbiar begitu sahaja. antara topiknya ialah
perempuan vs lelaki ; siapa lagi pandai,lagi kuat,lagi berdikari,yang bersalah dalam bab rogol.
pada aku,mungkin sesetengah ada jawapannya bagi setiap persoalan persoalan yang seksis. tidak habis habis membezakan lelaki dan perempuan,suami dan isteri,abang dan kakak. ianya remeh sekali.
namun disini,aku hanya membentangkan pendapat sendiri,ia mungkin salah dan mungkin separa benar. mahu baca,silakan,tidak mahu,pi baca puisi lain tak pun pi tengok movie ke apa
yang nak baca,ayuh kemari.
persoalannya sekarang,adakah rupa paras ini penting? adakah ianya keperluan atau kehendak? tiap kamu pasti ada jawapan tersendiri namun jawapan saya adalah dari pendapat saya,bukan dari konteks islam mahupun sains dan etc. ianya pendapat dari akal yang tidak berapa power.
pada pendapat saya,rupa paras ini adalah satu bonus atau kelebihan. tidak dinafikan,sesetengah manusia menganggap rupa paras itu penting dalam kriteria pekerjaan,menjadi menantu dan menjadi pasangan hidup. namun,bagi saya,ianya sekadar kelebihan atau bonus samada kepada diri orang yang mempunyai bonus itu ataupun kepada orang yang menerima bonus itu.
contohnya; A pakwe kacak. B makwe. A mendapat kelebihan kerana diberi wajah yang kacak. B juga mendapat kelebihan kerana mendapat A.
faham?
rupa paras adalah bonus dan kelebihan,ianya penting atau tidak,ianya bonus. pada aku,ianya bonus. bukan penting,bukan tak penting,bukan keperluan,bukan tak keperluan. ianya bonus. amat bohong jika kita tidak memandang rupa dahulu. kemudia memandang hati. lihat saja melalui media sosial,drama tv,malah perhatikan saja di mall sekitar malaysia,merata manusia mahu kelihatan cantik. ianya untuk kepuasan mereka sendiri dan mahu menjadi perhatian.
hanya sedikit yang berkenal kenalan dengan seseorang kerana perwatakannya,kemudian baru rupa parasnya. dan bukankah cinta pandang pertama,hanya terlihat pada luarannya dahulu? kerana itu,jangan terpedaya dengan cinta pandang pertama. kedua ketiga baru boleh (hambar)
tanya pada diri sendiri,apakah penting untuk menilai rupa paras dahulu? jika ia penting,maka nilai lah. dan pada aku,ianya perbuatan yang tidak digemari dan jijik. namun aku tidak mahu mengubah diri kamu. itu adalah diri kamu dan sifat kamu.
demikianlah pendapat aku. mahu setuju atau tidak,itu terpulang. logik atau tidak,itu terpulang. aku menulis pendapat sebegini kerana baru lepas menonton Penguins of Madagascar dan teringat akan line yang amat diingati iaitu ; "looks doesnt matter. what you do,that counts" (ampun kesalahan grammar yang teruk kerana itu saja yang aku ingat)
sekian