hidup ini perjalanan
sepertimana cliche ia berbunyi
dunia ini litarnya
sepanjang perjalanan dihadapnya pelbagai halangan
dan terpulang kepada diri
bagaimana hendak kita tempuhinya
cliche
andai gagal sekali,usah gusar
kerna gagal itu termaktub dalam proses pembelajaran
andai gagal berulang kali
belajar lah daripada kegagalan berulang kali
dan bukankah belajar berulang kali membuat diri terus mengingati?
dan hasilnya pasti cemerlang?
usah risau bertemu kegagalan
yang berjaya pun pasti gagal
kerna kegagalan itu proses pembelajaran
bukan keputusan buntu yang tiada jalan penyelesaian