mimpi itu terbahagi
adakalanya manis dan ngeri
dan hadir di peringkat paling tenang sekali
itulah kita wahai sayang
adakalanya manis dan ngeri
terpalit di susur jalan memori
tidak terhitung gembira kita
tidak terhitung sedih kita
kau hadir tanpa ku sedari
bahwa aku bahagia bila kau dekati
namun pahitmu paling kau sembunyi
dan gelak tawamu amatlah palsu sekali
tanganku hulur kau tolak tak mengerti
bahwa aku mahu menjadi bahu untuk kau tangisi
sungguh kau adalah punca bahagia
bersama dirimu ibarat aku di alam mimpi
tidak ku kira berapa lama aku bermimpi
senyuman ku terukir lama sekali
aku mohon padamu,
maafkan aku yang jahil bercinta,
terima lah aku yang mahu bahagia
jadikan lah hidupku yang kelam terus bercahaya
kau adalah mimpi
sentiasa manis,tidak pernah ngeri