pesan pesan

kepada kamu

yang dapat menawan hatinya

sebaik sahaja aku melepaskan dia

dengar sini aku berpesan


aku ini tidaklah sempurna

jauh sekali seorang pencinta

kerna itu aku tidak lagi bersamanya

dan kini hatinya kau jaga


aku ingin berpesan pesan

sebagai kawan yang pernah melukainya

jangan pernah sesekali biarkan dia derita

sepertimana aku selalu buat pada dia

menghilang ketika dia menangis

berdiam diri saat dia dirundung sepi


jangan sesekali bikin matanya berair

setiap titisan air matanya itu 

akan dipertanggugjawabkan kepada kamu

kerna hanya lelaki dayus (aku)

membuat wanitanya menangis


jangan sesekali kau hancurkan kepercayaannya

kerna percaya dia mahal

mengambil masa yang lama baginya

akibat kesan kesan trauma

untuk dia percaya semula


akhir kata

tak usah lah dengar kata kata ku ini

kerna aku sendiri gagal mencintai bidadari

sedang pesan pesan ku ini

hanyalah kekesalan yang aku luahkan

bagi pengajaran serta tauladan


undurkan masa

nescaya aku belajar