rintihan

ingin sekali 

menjadi sepertimu

yang memandang diri ini

seperti orang baru


menganggap semua kenangan

yang kita lalui bersama

seperti hari cerah selepas hujan

bagaikan hilang begitu sahaja


mungkin ini yang kau nantikan

hari dimana kau dan aku

sekadar dua insan selisih melintas jalan

seperti tidak pernah bertemu


sungguh asing aku rasakan

sungguh mudah kau lupakan