siapa tahu

setiap manusia bernafaskan rahsia

mengatakan sesuatu yang bukan difikirannya

ada pun yang jujur namun tidak semuanya

hanya Dia yang tahu segala rahsia


mungkin sayang yang kau ucap hari ini

tidak sepenuh makna sepertimana di hari pertama

mungkin lafaz cinta hanya kerana kau kasihan

mungkin setiap tindakan kau fikirkan dia bukan aku

mungkin kita bercinta hanya lah sekadar menjaga

hati aku, dia dan kamu


setiap manusia penuh rahsia

temukan lah aku dengan kebenaran

sesungguhnya rahsia Dia lagi penuh kejutan


yang pasti cinta aku pada kamu

bukan lah suatu rahsia