penerimaan

Tuhan

bila bila kau mahu aku bahagia

kau campak saja lah ikut waktuMu

kerna aku pernah merancang kebahagiaan

dan akhirnya temui kesengsaraan


Tuhan,

terima kasih kerna sedarkan aku

bahwa takdir itu kuasa Mu

kerna aku pernah menyusun sendiri

dan akhirnya jalan itu penuh sepi


Tuhan,

kau jaga lah dia sebaiknya

kerna sepanjang kau pinjamkan dia

aku tersalah cara dan lagi melukainya

maka jaga lah dia agar bahagia sentiasa


Tuhan,

ampunkan segala dosa dia terhadap aku

dan hukum lah tiap air mata dia kerna aku

sememangnya aku lah pendosa tegar

dan dosa dia hanyalah mencintai aku sentiasa


Tuhan,

akan aku ikut waktu Mu

kerna jika diikutkan waktu ku

sudah pasti esok aku menghadap Mu


Tiqa,

terima kasih atas segala cinta

maafkan saya yang buta cinta

semoga hidup awak penuh dengan cinta

dan doakan saya juga bertemu cinta


sadaqallahulazim