Setiap pagi,aku lalui hari yang sama. Dimana aku akan menghabiskan 4 paket Kopiko dalam satu hari. Betapa ketagihnya aku pada Kopiko. Bagi aku,Kopiko ini ibarat rokok. Sebatang rokok yang perokok mahu menghisapnya untuk melepaskan tension atau berkhayal sebentar atau mahu memuaskan nafsu. Tetapi dalam hal aku,Kopiko ni selalu membawa masalah kepada aku. Kadangkala,membawa kebaikan pada aku. Namun,setiap kebaikan yang aku dapat hanya sebentar tapi setiap masalah yang aku dapat begitu lama nak selesaikannya.
Pagi ini,aku ada tugas. Tugas yang amat besar untuk aku. Hari ini ialah hari paling bersejarah bagi aku. Ini semua gara gara kejadian 2 bulan lepas. Yang berlaku di tanah perkuburan semasa aku melawat arwah Amira. Kejadian ini,tidak pasti sama ada romantik atau cerita dongeng tetapi kejadian ini benar benar terjadi pada diri aku.
" 10 pagi : Bercadang mahu melawat kubur Amira. Berhenti di kedai tujuh-sebelas. Beli Kopiko sepaket. Macam biasa. Aku melawat kubur arwah Amira. Dalam keadaan tenang dan sayu,aku sedekahkan yasin kepadanya. Dan aku berdoa,agar dia tenang dalam kubur. Tidak diseksa dengan teruk. Dan aku selalu minta maaf pada dia,agar memaafkan aku tentang Kopiko yang menyebabkan dia mati dulu. Aku benar benar menyesal. Selepas selesai mendoakan Amira,aku pun nak beredar dari tanah perkuburan dan menuju ke mapley yang berhampiran. Sedang aku berpusing,ada seorang perempuan yang aku terlanggar. Lalu dia memandang ke arah aku,dan aku terkejut. Aku terlanggar seorang perempuan yang rupanya cantik. Wajahnya putih dan gebu sikit. Comel. Dan dia meminta maaf kepada aku. Selepas itu,kami lepak bersama di mapley berhampiran. Aku bercerita tentang Amira,gadis yang aku lawat di tanah perkuburan tadi. Dan dia cerita tentang Amar,abang kepada dia yang dah meninggal 3 tahun yang lalu akibat kemalangan. Kami bersembang sehingga pukul 3 petang. Lama. Seminggu selepas itu,kami menjadi pasangan bahagia. Seminggu Aku tahu aku akan terlepas peluang kalau tunggu lama lama. Bak kata lirik lagu "jangan tunggu lama lama,nanti lama lama,dia diambil orang.." aku pun membuat keputusan yang agak merisikokan diri ini,lalu aku pun menanyakan suatu soalan yang membuatkan dia tergamam; "Sudikah awak menjadi isteri saya yang sah?" Dia terdiam,tergamam,pipi kemerahan,air mata mengalir. Cantik,comel,ayu. Sempurna bagi aku.
Lalu dia berkata "Mahu. Ya. Saya setuju" sambil mengalirkan air mata. Aku pun tergamam,terkedu,suka,gembira. Kini giliran aku pula menjadi gila. Minggu depan kami bertunang. Dan minggu depannya kami akan kahwin. Kenapa terlalu tergesa gesa? Lagi cepat,lagi kurang maksiatnya. Lagi kurang risiko untuk kehilangan dia.
Selepas mandi,aku bersiap, Memakai baju pengantin. Hari ini,aku berharap agar tiada masalah yang berlaku. Aku mahukan segalanya berjalan lancar seperti dirancang. Harini,aku tak beli Kopiko. Semalam dah beli 5 packet. Banyakkan? Persediaan untuk hari ini. Segalanya dah siap. Dari kad jemputan,sehingga lah ke hantaran dan pelamin. Selesai. Melihat dia senyum sudah membuatkan hati ini berbunga bunga. Ayahnya tegur aku,dia kata "Jaga elok elok. Anak aku ialah permata aku. Anak aku ialah nyawa aku. Kau sakiti dia,kau aku sakiti." Itu lah pesanan ayahnya kepada aku. Betapa caringnya ayah dia. Itu lah ayah. Mengambil berat dan sayangkan anak anaknya lebih daripada segalanya. Biar tak makan,janji anak makan. Biar letih bekerja,asalkan anak hidup bahagia. Sama seperti ayah aku. Aku harapkan ayah aku akan datang harini. Tetapi,aku baru teringat. Buat kali ke dua belas,baru aku sedar yang ayah aku dah lama berumah di kuburan. Kuburnya terletak di kampungnya,Johor Bharu. Jauh. Lawat kadang kadang. Ibu pula,dia dah jauh dari aku. Entah kemana,aku pun tak tahu. Sejak Afrina kahwin,aku lama tak dengar berita tentang mak aku. Tentang Dato' Ridzuan. Tentang Afrina.. Kad jemputan sudah diberi,namun tak pasti datang atau tidak.
Tiba tiba,dia datang ke arah aku. Berkata ; "abang,saya nak pergi rumah kawan jap tau. Nak ambil baju pengantin. Handsome abang harini. Hihi." Itu lah kata katanya. Lambat bersiapkan perempuan? Nak marah pun ada tapi bila dia gelak "hihi" membuatkan aku cair. Meleleh. Wah. Jiwang habis.
2 jam menunggu,tok kadi dah sampai. Keluarganya dah sampai. Wakil keluarga aku dah sampai,cuma dia belum sampai. Nak nikah ke tak nak dia ni? Apa yang berlaku? 10 kali aku telefon,dia tak jawab. 8 kali mesej,tak balas. Aku naik kereta. Cari dia. Pergi rumah kawan dia,mereka bilang dia tiada. Apa gila? Bergurau ke dia? Merata tempat aku pusing. Mana dia hilang? Celaka apa kah ini? Sedang mencari dia,tiba tiba,kereta ku dilanggar oleh sebuah lori besar. Lalu aku dan keretaku,berkecai hancur...
"Paap!" "Aargh,apa ni?! Cerahnya! Alaa,awak ni! Suka ganggu saya tidur lah! Ish!" Kacau. Ganggu. Masa tidur lah masa dia suka ganggu. Nasib baik comel. Kalau tak,mahu saja aku terajang. Nasib baik dah malam pertama. Dia ni. Comel. Baru bermimpi pasal dia hilang,mimpi pasal nak nikah,mimpi pasal kemalangan,masa tu lah dia kacau. Ish. Baru aku tahu,ini semuanya mimpi. Nasib baik mimpi. Kalau tak,tak merasa lah aku kahwin. Mimpi ngeri ini bermula sejak aku mimpi aku bangun dari tidur dan mandi dan bersiap dan dia pergi rumah kawan dan dia hilang dan seterusnya. Cerita tentang pertemuan kami itu semuanya benar.
Kini,aku dan dia sudah berkahwin 2 bulan. Seronok. Bahagia. Majlis perkahwinan kami dah lama dah. Berjalan lancar. Cuma,ayah je tiada. Dah lama pergi. Kali ini,Kopiko tidak memberikan apa apa masalah pada aku. Aku suka. Aku bahagia bersama si dia. Kopiko,kali ini,kau tak celaka.
Tamat.