Cerpen : Kopiko 4

Cerita ini,hanya rekaan semata mata.


Kenyang. Itu saja yang aku mampu katakan sekarang ini di kenduri Dato' Ridzuan. Kenduri anaknya kahwin iaitu Afrina. Orang kata,perut kenyang,hati senang. Mungkin dalam kes aku sekarang,perut kenyang,hati kecewa. Kerana orang yang kita suka,dah jadi bini orang. "Hati terluka,bila ku sedar,kau khianati cinta. Jiwa meronta,bila.." Tiba tiba lagu ni keluar dalam kepala otak. Ceh. "Muiz!" Terdengar Dato' Ridzuan memanggil aku. Menjemput aku masuk ke dalam rumah mewahnya. Aku ikutkan saja. "Saya nak awak tangkap gambar saya,isteri saya,Afrina dan pengantin lelaki. Boleh kan?" Arahan Dato'. Aku turutkan saja permintaannya. Disebabkan kerja dengan dia dapat duit yang banyak,semua tugas diberi,aku lakukan tanpa banyak songeh. Semasa aku snap gambar mereka,aku hanya fokus ke arah seorang perempuan. Perempuan cantik. Iaitu Afrina. Lawa pulak dia harini..


Tepat jam 10 pagi,aku sarapan di sebuah mapley di Shah Alam. Hanya roti telur dua,milo panas 1,sempurna sudah pagiku ini. Oh,terlupa pula. Kopiko dah habis. Perlu beli dengan segera. Harap harap kopiko yang akan dibeli lepas ni,tak diselitkan dengan masalah baru pula. Baru dapat duit dari Dato Ridzuan,nak enjoy dulu. Taknak kusutkan kepala otak dengan masalah lagi. Malam tadi dapat RM600 kot dengan Dato'. Kira okay lah tu. Sebelum ni duit masuk dalam RM300 je lah. Aku perlu mendapat duit yang cepat dan banyak supaya aku boleh berjimat cermat. Baru senang nak kahwin. Itu lah nasihat ayah aku. Jimat duit. Nak kahwin senang. Calon pun takde. Nak kahwin macam mana..


Selesai membeli Kopiko,aku teringat akan arwah Amira. Adakah dia tenang di alam sana? Atau dia diseksa? Ada baiknya kalau aku pergi lawat kubur si arwah. Berhenti sekejap azab kubur dia. Tibanya aku di kubur arwah,perasaan sepi,sayu dan rasa keseorangan. Orang yang aku sayang,dah pergi buat selamanya. Aku rindu pada dia. Dulu kalau aku rindu,aku belikan kopiko dan jumpa dia. Sekarang kalau aku rindu,aku sedekahkan Al-Fatihah buat si arwah. Al-Fatihah..


Selesai melawat kubur si arwah,aku terima panggilan daripada Shah,iaitu kawan rapat aku.
Shah. Seorang yang kurus. Seorang smoker. Seorang kaki sosial cuma takde lah sampai clubbing sana sini. Seorang yang gila gila,namun dia cukup pandai memahami perasaan orang. Mungkin itu yang buat dia senang dapat perempuan. Namun,dia lemah dalam menjaga perasaan orang. Mudah menyakitkan hati mereka tanpa disedari. Namun,aku sebagai kawan rapat dia,aku dah lama kenal dia,aku dah biasa semua itu. Dia lah tempat aku cerita masalah,dan dia lah tempat aku bagi penumbuk masa geram,dia lah sahabat sejati aku. Bukan gay. Tapi sahabat sejati. Kami kawan dari tadika lagi. Sampai sekarang. Lama gila.
Shah ajak aku lepak di McD kerana dia ada hal nak cakap dengan aku. Aku pun pergi ke McD. Tibanya aku disana,dia menunggu aku di meja di hadapan pintu masuk McD,dengan dua kotak besar McNugget untuk aku dan dia makan sekenyang kenyangnya. Aku duduk di depan dia. Aku menghulurkan tanganku untuk bersalam. Dia buat muka blur dia. Aku tarik balik tangan aku. Dan dia pula hulurkan tangan untuk bersalaman dengan muka yang senyum sinis. Nampak tak permainan dia. Saja buat orang sakit hati. Tapi,aku dah masak dengan perangai dia. Aku dah biasa dah. Kami berjumpa untuk berbincang tentang novel dia. Ya,dia seorang penulis..


Novel Shah yang pertama bertajuk 'Gila' memang best. Mendapat sambutan ramai. Popular juga novel itu. Bertema kan fiksyen. Dan sekarang,dia mungkin buat satu lagi novel yang bertajuk 'Bebas'. Bertemakan fiksyen juga. Dia suka buat buku fiksyen. Mudah untuk me-reka reka cerita. Tak pening. Tak terlibat dengan orang yang masih hidup mahupun yang dah mati. Dia minta pendapat aku tentang novel dia yang bertajuk 'Bebas' itu. "Weh Muiz,kau ambik novel aku ni. Kau baca dulu tau. Kalau best,kau bagitahu aku. Kalau ada silap ke,tak best ke,apa apa masalah,call aku dengan segera. Terima kasih" Itu lah arahan dia. Aku ni bukan pandai mana pun dalam penulisan novel,tapi entah mengapa dia selalu pilih aku untuk menilai hasil karyanya. Pelik. Namun,rezeki jangan di tolak,maut jangn di cari. Aku dapat buku dia secara percuma dan dapat menilai hasl karya dia. Tentu aku adalah orang harapan dia. Maka,aku takboleh sia siakan peluang ini. Maka dengan ini,mula lah hari hari yang kosong yang di isi dengan membaca novel Shah sambil makan Kopiko..