Cerpen : Kopiko

Cerita ini,hanya lah rekaan semata mata.


Bermula darjah 4,aku sudah pandai pergi ke kedai runcit Ah Meng hanya untuk membeli Kopiko yang berharga 70 sen. Tak kenal erti mahal,aku hanya hulur RM1 kepada pakcik Ah Meng. Sanggup aku ponteng perhimpunan sekolah petang demi memuaskan tekak dengan menelan Kopiko. Enak..


Sekarang,aku dah tingkatan 5. Minggu depan,trial SPM. Dan di poket aku,masih ada satu packet Kopiko. Dan aku akan makan bersama si dia. Si dia yang berjaya mencuri hati aku. Si dia yang bersama aku hampir 2 tahun. Si dia yang bernama Amira. 


Aku dan Amira,bertemu di sebuah bangunan yang bernama Perpustakaan di tempat lain selain sekolah pada tahun 2011. Sedang aku membaca buku tentang agenda Freemason,si dia sedang mencari buku di rak buku. Setelah aku khatam membaca buku tentang agenda Freemason,aku bangun hendak meletakkan buku itu ke raknya kembali dan merancang untuk pergi ke 7 Eleven dan membeli Kopiko kerana dua packet dah habis aku makan. Sedang aku berpusing ke belakang,kepala kami terhantuk dan dua dua buku terjatuh. Muka dia kemerah merahan,muka aku merah padam. Aku kutip buku aku,dia kutip buku dia,lalu beredar. Seminggu lepas kejadian itu,kami berjumpa di sekolah. Tak sangka,kami bersekolah di tempat yang sama. Aku terkejut lalu terkentut bila berdepan dengan dia semasa rehat (bukan jumpa depan depan,selisih je pun) Seminggu selepas itu,kami semakin rapat dan entah bagaimana,aku dan dia jatuh cinta sampai sekarang.


Kami pulang bersama. Berjalan kaki,berdua,tidak berpegangang tangan,hanya Kopiko dalam mulut kami. Sembang sembang kosong dan gelak ketawa sepanjang jalan. Ini lah aktiviti harian aku semasa pulang dari sekolah. Seronok..


Minggu ini,trial SPM. Segala carutan di dalam hati aku pendam. Taknak keluarkan. Mulut aku hanya keluarkan istighfar dan selawat saja. Takut woi. Amira,sedang membaca nota di meja dia. Kelas dia hampir kelasku. Senang nak usya. Senang nak dating. Tak payah fokus dalam kelas. Tak payah belajar. Pandang dia saja. 


Trial gila babs susah. SPM pun gila babs susah. Sekarang,hanya aku dan Amira,di Putrajaya,mulut berisi Kopiko,dan dating di padang hijau bersih. Manis gitu. Tiba tiba,dia tercekik Kopiko. Dia terbatuk dengan kuat. Muka kebiruan. Aku tepuk tepuk belakang dia. Dia tercekik. Dengan sekali lempang di belakang kepala,tersembur keluar Kopiko. Aku lega. Tapi lega hanya 15 saat. Pandang dia kembali,dia rebah jatuh ke tanah. Dan sekarang,aku buntu. Semuanya,salah aku..


Saban hari berlalu,dia dalam hospital. Dia ada penyakit. Penyakit di tekak. Kopiko haritu,membuatkan masalah dalam tekak dia bertambah parah. Aku rasa bersalah yang amat..


Keputusan SPM sudah keluar. Aku mendapat 5A. Alhamdulillah. Sama seperti keputusan PMR. Sedang gembira,teringat aku pada Amira. Dia sudah lama meninggalkan aku,keluarganya dan dunia. Dia dah lama pergi. 4 bulan yang lepas dia menghembuskan nafas yang terakhir. Keluarganya tak salahkan aku kerana hal Kopiko tu. Keluarganya salahkan takdir. Aku pula,merancang untuk bunuh diri. Bunuh diri atas kesalahan aku. Nasib,mak ada. Ayah ada. Allah ada. Cancel nak bunuh diri. Kini,aku sepi..


Dua bulan kemudian,aku dapat kerja sambilan di Subway di Shah Alam. Sedang aku melayan pelanggan,seorang gadis,senyum melihatku. Matanya,bersinar sinar. Aku tergamam. Kaku. Bos di belakang sudah mula baling roti yang busuk di kepala aku. Aku tergoda..


3 minggu kemudian,aku berjumpa dengan gadis itu. Namanya,Afrina. Wajah jelita. Jauh mukanya daripada Amira. Tak sama. Tapi itu bukan penghalang untuk aku lupakan Amira. Cinta pandang pertamaku.


Aku bertemu kembali dengan Afrina di TS. Masa tu,aku sedang memilih Kopiko,dia di belakang aku. Aku berpusing untuk bayar di kaunter,aku terlanggar bahunya. Dia memandang dengan muka muram. Aku cuak. Tapi mukanya kembali senyum bila nampak muka aku. Aku pelik. Lantas,aku terus bayar dan beredar. Adakah aku akan jatuh cinta padanya? Disebabkan Kopiko,hidup aku begini. Adakah sebab Kopiko? Atau Allah menentukan hidupku begini? Aku keliru. Bantu aku. Aku penagih. Bukan penagih dadah. Aku penagih Kopiko. Hidupku,pengalamanku,mesti di selitkan dengan Kopiko. Kopiko..