Cerita ini hanya rekaan semata mata.
Sedang seronok aku berbual bersama Afrina di Subway tempat kerja aku tu,phone berdering. Aku jawab. Aku terdiam. Aku tergamam. Aku tinggalkan Afrina tanpa berkata apa apa. Dia pelik. Panggilan itu datang dari ayah Amira dengan arahan supaya aku ke rumahnya sekarang juga. Tanpa lengahkan masa,enjin kereta pun mula panas dan kereta ku bergerak bersama dengan aku menuju ke rumah Amira di Shah Alam. Hati tak senang. Perasaan bercampur baur..
Tibanya aku di rumah Amira,sepi rumahnya. Hanya bapa nya saja di luar. Di sebuah meja kecil di tepi rumahnya. Di atas meja,terdapat beberapa gambar dan surat. Hati mula resah. Hati mula rindu kembai pada si arwah.
"Kenapa pakcik suruh saya datang sini?" Tanya aku pada orang tua itu. "Pakcik sebenarnya dah lama nak cakap benda ni. Dah setahun dah sejak kematian Amira. Pakcik nak bagi surat dan gambar Amira kepada kamu. Hanya satu gambar saja yang pakcik simpan. Yang lain,kamu ambil lah. Buat kenangan. Pakcik tak tahan lagi. Semakin lama gambar dan surat ini di rumah pakcik,semakin rindu hati pakcik pada si arwah." Aku mengambil semua gambar dan satu surat. Surat yang tertulis "Daripada Amira. Kepada Muiz." Oh ya,lupa nak bagitahu. Nama aku Muiz. Sekarang aku berumur 20 tahun.
Aku pulang ke rumah,dengan sebuah tanda tanya yang besar dalam otak ku. "Apa isi surat ni?" "Kenapa sekarang baru orang tua tu bagi surat ni?" "Ini surat ke?" "Ini wasiat ke?" Pelbagai soalan datang bertubi tubi di dalam otak aku. Dengan dua cara untuk menjawab semua soalan itu. Buka surat itu. Baca isi surat itu.
"Kehadapan Muiz yang aku sayang sampai mati. Ini jujur. Aku tulis surat ini kerana aku tahu bahawa aku akan mati satu hari nanti. Semua orang akan mati. Tapi mereka tak tahu bila ajal mereka. Tapi aku tahu. Aku menghidap penyakit pelik yang aku sendiri lupa nama penyakit itu. Di bahagian kerongkong aku,ada kuman. Apa yang aku makan,kuman tersebut akan melekat pada makanan dan turun ke perut lalu aku sakit perut. Dah lama benda ni berlaku. Tiada apa nak dibuat. Hanya mati saja yang doktor kata. Aku redha. Aku telah bersiap sedia menghadapi segalanya.
Tujuan aku menulis surat ini kepada kau ialah aku nak bagitahu bahawa sebelum aku pergi,ambil lah Kopiko terakhir aku. Di dalam sampul surat ini,terdapat satu Kopiko istimewa. Khas buat kau. Sebenarnya,memang kau punya pun. Ingat lagi kali pertama kita dating? Kau bawakan kopiko untuk aku. Satu saja. Lalu aku simpan. Dan kita makan di KFC. Tempat kegemaran kau. Aku sedar bahawa aku akan mati tak lama lagi,jadi ada baiknya aku simpan kopiko itu dan berikan kepada kau bila aku nazak nanti. Atau ayah aku kan berikan pada kau lepas aku mati nanti. Apa yang istimewa tentang kopiko itu? Kita berjalan menuju ke KFC. Ada manusia sedang cat dinding di sebelah KFC. Warna pink. Aku nak keluarkan phone aku. Dengan Kopiko sekali terkeluar dari poket aku lalu jatuh dalam tin cat warna pink itu. Belum sempat kopiko itu tenggelam,aku ambil secepat mungkin. Masa tu,kau sedang menjawab panggilan mak kau. Sampai sekarang,cat tu masih ada lagi. Dan bagi aku,itu yang membuatkan Kopiko itu istimewa dan benda yang istimewa bagi aku akan diserahkan pada kau. Kecuali dara aku. Itu kalau kita kahwin nanti,tubuh monggelku jadi milik kau. Tapi sayang,belum sempat kau aku cium,aku dah pergi meninggalkan dunia dulu. Kopiko tu,makan bila kau dah ada pengganti. Selagi takde,selagi tu jangan makan. Walaupun aku dah takde,aku harap kau jujur. Kalau tak,sedih aku apabila Allah tunjukkan kelakuan kau di padang mahsyar nanti. Sebelum aku tamatkan tulisan aku yang cakar ayam ini,aku hendak menyatakan dua perkara. Pertama - Aku cinta pada kau. Kedua - Gambar aku,jangan di fap fap fap kan. Muka aku tidak mengghairahkan siapa siapa. Cukup sampai disini. Sayang kau sampai mati. <3 Amira.
Terkedu. Lemah. Tergamam. Sedikit steam bila masuk bab dara. Hanya steam 15 saat. Yang lain,aku sedih. Pilu. Tergamam. Mengapa kau sanggup buat aku begini? Adakah aku akan makan Kopiko itu? Kerana Afrina sudah jadi pengganti Amira rasanya. Tapi,dia terima aku kah? Aku hanya di friendzone kan saja. Hanya kawan. Tak lebih dari itu. Hati aku terbahagi pada dua. Separuh hati aku sayangkan yang hidup,separuh lagi sayangkan yang mati. Ini celaka. Aku terperangkap diantara orang yang aku sayang. Kalau aku cari pengganti Amira,maka aku akan rindu dia sampai mati. Kalau aku tak cari pengganti Amira,maka aku akan mati dalam keadaan yang sangat sedih dan tak sempat merasai malam pertama bersama bini dek kerana cintakan sangat sangat pada si mati iaitu Amira. Kopiko sudah diberi. Antara Amira atau Afrina. Mana satu harus ku pilih? Pilih Amira,dia sudah tiada. Pilih Afrina,adakah dia akan menerima aku? Aku tak mahu di kecewakan lagi hati ini. Kopiko,kau ni sial.