Ramadhan..

Ramadhan. Bulan yang mulia. Bulan Ramadhan memang lain daripada bulan yang lain. Mengapa? Mari saya terangkan kelebihan bulan Ramadhan. Kekurangan bulan ramadhan ada ke? Rasanya tiada.

1- Sahur: Kebanyakkan manusia bangun pukul 5 pagi untuk bersahur. Kebaikan sahur ialah kita makan di waktu pagi. Kemudian,lepas makan tak boleh tidur terus sebab makanan tak hadam lagi. Masuk saja waktu subuh,kita solat subuh. Kemudian baru kita tidur. Jika di bulan biasa,bangun nak pergi kerja pun lambat. Subuh banyak kali tertinggal. Jangan nak menafikannya. Saya tahu. Saya pun tertinggal. Kepada ibubapa yang bekerja dan pelajar sekolah,bangun pagi lepas sahur boleh mandi. Kemudian solat subuh dan terus bersiap untuk pergi ke kerja/sekolah. Kita boleh siap lebih awal. Jadi,tak perlu menggelabah untuk bersiap seperti di bulan lain.

2-Waktu solat: Solat itu tiang agama. Pada waktu Zohor,ramai manusia lambat solat kerana makan tengahari. Lepas makan,kita ngantuk. Kita tidur dan terlepas solat zohor. Jika di bulan Ramadhan,tiada makan tengahari. Kita tunggu saja waktu zohor masuk dan terus solat. Waktu Asar pula,ramai manusia penat masa ni. Pekerja dan pelajar penat kerana masa ini lah masa balik kerja/sekolah. Kepada pelajar yang sekolah pagi,masa ini lah masa beriadah. Dan masa ini lah ramai yang melambatkan/meninggalkan solat Asar. Jika di bulan ramadhan,masa ini lah kita pergi ke bazaar ramadhan. Sebelum pergi bazaar,kita pasti akan solat asar dulu kerana takut tak sempat solat apabila balik dari bazaar. Waktu Maghrib pula,dikala ini ramai manusia dalam kekenyangan. Bila perut kenyang,mata mula mengantuk. Kita pula mula melambat lambatkan solat maghrib. Jika di bulan ramadhan,masa maghrib ialah masa berbuka puasa. Setelah sepanjang hari kita berpuasa,kini kita berbuka. Masa ni,kita cas kembali badan kita melalui makanan. Setelah makan,kita bertenaga. Dan kita terus solat Maghrib kerana lepas solat kita akan solat terawih.
Waktu Isyak pula ialah waktu yang paling popular dalam bab meninggalkan solat. Masa ini lah pelajar sibuk study,pekerja sibuk buat kerja di rumah dan sebagainya. Pukul 10 lebih,mata dah berat. Baring dan guling guling atas katil,tertidur. Bangun bangun,dah pagi. Tak pasal dapat dosa. Jika di bulan ramadhan,masa ni kita berada di masjid atau surau. Sebelum terawih,kita akan solat isyak dahulu. Sebab itu di bulan ramadhan,solat isyak ialah solat yang mungkin kita tak tinggal. 

3-Malam Lailatul Qadr: Malam Lailatul Qadr ialah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu,ramai berpendapat bahawa kita akan berjumpa malaikat yang menyamar sebagai manusia. Tetapi pada pendapat saya,malam itu sepatutnya kita melakukan solat solat sunat dan perkara perkara sunat. Tak semestinya berjumpa dengan malaikat tetapi malam lailatul qadr kita boleh berdoa kepada Allah dan malaikat akan bawa doa itu terus kepada Allah dan Allah akan makbulkan doa itu. Jadi,pada malam lailatul qadr,kita disuruh agar memperbanyakkan berdoa.

4-Solat Terawih: Solat sunat ini ialah solat yang paling popular pada bulan Ramadhan. Ini kerana semua umat islam akan berkumpul di masjid/surau berhampiran mereka dan melakukan solat Terawih. Pada bulan yang lain,kita jarang pergi ke masjid/surau. Yang lelaki hanya pergi apabila hari jumaat dimana kita membuat solat jumaat. Bagi perempuan? Entah bila entah nak pergi. Kalau rajin ke masjid/surau tak mengapa. Ini surau yang dekat pun malas mahu berjalan,apatah lagi nak ke masjid. Bukan nak merendah rendahkan kamu wahai perempuan,cuma ini fakta bukan? Tak ramai yang pergi masjid/surau di bulan biasa untuk melakukan solat secara berjemaah. Di bulan ramadhan lah kita banyak berjumpa dengan masjid/surau.

5-Pahala: Pahala di bulan ramadhan Allah gandakan berganda ganda. Tak perlu nak cakap banyak tentang hal ini,korang sendiri dah tahu.

Itu sahaja yang aku boleh kongsikan kelebihan bulan ramadhan yang mulia ini. Dan bulan yang mulia ini sudah hampir ke penghujungnya. Sedih. Tapi bulan Syawal pula tiba. Gembira. Tetapi bulan ramadhan akan meninggalkan kita dan saya sangat sedih. Ini kerana,hanya sebulan sekali kita merasa bulan yang mulia ini,tahun depan kalau Allah panjangkan umur kita,mungkin akan berjumpa lagi. Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan wahai Ramadhan..