Di mana dia?

Setiap pagi,akan dihidangkan bubur ayam,air kosong dan buah buahan. Aku tak pernah kenal siapa orang yang menghidangkan aku makanan ini semua. Yang aku tahu,dia hanyalah pekerja disini. Tapi,aku selalu berfikir,tentu banyak pahala dia dapat dengan hanya melakukan kerja ini. Bukan senang mahu melayan manusia yang dah sakit lepas itu mahu dilayan macam di hotel 5 bintang.

Kejadian sebelum ini banyak mengajar aku erti bersabar,lawan kesakitan dan yang paling penting,berdoa kepada Tuhan agar Dia tak ambil nyawa aku sekarang. Mungkin,Tuhan masih mahu aku teruskan hidup aku walaupun kaki sebelah dah tiada. Pasal tu aku masih bernafas pagi ini,masih menghirup udara segar dan masih dihidangkan menu yang sama. Bubur ayam,air kosong dan buah buahan. Jika tidak,sudah pasti kejadian 3 bulan lalu membunuhku. Ramai yang tak percaya aku terselamat dari kemalangan kereta dan lori. Aku bawa kereta,berlanggar dengan lori. Kereta ku melayang,seperti hati aku melayang. Melayang kerana baru dikecewakan oleh seorang kekasih yang kini sudah menjadi bekas kekasih. Akibat terlalu sedih,aku pacu laju laju kenderaanku dan bertembung dengan lori. Ibuku di rumah sudah menangis sekuat hati dan menyatakan bahawa aku dah mati. Tetapi,aku buka mata aku,terang. Aku berada di atas katil,dengan pendarahan yang teruk,dirawat oleh doktor,kemudian aku terlelap sekali lagi. Bangun saja dari terlelap,aku sudah tidak berdarah,hanya wayar wayar yang dicucuk dan disalurkan ke mesin saja yang ada pada badan aku. Melihat di sebelah katil,ibu mengucapkan syukur pada Tuhan kerana aku masih hidup. Pagi itu,buat pertama kali aku dihidangkan menu yang pertama kali aku makan;- Bubur ayam,air kosong dan buah buahan.

Apa yang pentingnya menu itu? Ya lah,aku selalu mengulangi menu itu sejak dari awal penceritaan. Ini kerana,menu itu tak lah berapa penting. Cuma,penghidang menu itu yang penting. Namanya Nadia. Baiklah,aku berterus terang,aku dah jatuh hati padanya. Salah? Kenapa? Tak boleh kah pesakit jatuh cinta pada jururawat? Jika kami kahwin,dia jaga aku sebaik mungkin. Sebab itu memang tugas dia. Cuma,aku saja yang tak mampu jaga dia. Kerja apa yang boleh? Kerja apa yang layak untuk seorang manusia yang cacat? Kerja apa? Kerja membuta? Aku suka. Duit mana dapat? Dalam mimpi? Argh,semakin tertekan bila fikir tentang kaki bodoh ini. Salah aku juga,pergi bawa kereta macam orang gila. Tapi,salah Amy juga,pergi kecewakan aku. Tapi salah aku juga,jatuh hati padanya. Tapi salah dia juga,menggoda aku dan mencuri hati aku. Ah,Amy pergi mati. Aku mahu Nadia sekarang. Aku rindu dia. Sangat sangat.

Sekarang,aku tinggal di rumah,bersama siapa? Semut semut dan lipas. Aku tinggal seorang diri. Menyesali atas perbuatan aku,menunggu malaikat maut datang mencabut nyawa. Apakah dosaku sampai kaki Tuhan ambil? Apa lah dosa aku hingga Amy tinggalkan aku? Apa lah dosa aku sehingga aku dibenarkan keluar hospital dan tidak dapat merasa layanan Nadia lagi yang setiap pagi menghidangkan menu bubur ayam,air kosong dan buah buahan? Seseungguhnya aku dah angau.

Buka laptop. Mahu layan porno,tetapi kaki pun dah hilang. Nak layan porno lagi? Tak pasal mata pula hilang. Buka Facebook,notification penuh. 144. Terasa diri ini hot pula. Kebudak budakkan? Ya lah,mencari cari populariti di Facebook ialah sikap kebudak budakkan. Notification ini banyak kerana berpunca dari kemalangan aku. Ramai wish aku supaya kuat kan semangat dan mereka doakan aku sihat. Aku terharu. Tapi semuanya palsu. Aku tahu. Jika mereka benar benar ambil berat tentang aku,kenapa seorang manusia pun tak pernah lawat aku? Kawan kawan,jiran jirang,skandal skandal,ex ex,kucing jiran semuanya pergi mana? Sibuk dengan kerja,sehingga lupa melawat aku. Aku sedar aku bukan sultan mahu dilawat dan dilayan sentiasa. Aku cuma mahukan seseorang yang boleh menemani aku semasa di hospital. Itu saja. Hanya Nadia yang melayan kerenah aku. Sesungguhnya,dia lah yang sempurna. Oh Tuhan,ampunilah dosa dia. Semoga Tuhan memberkati kehidupan dia.

Bercakap tentang Nadia,Facebook pun sudah dibuka,apa lagi. Mari lah cari nama dia. Aku boleh add dia. Kami boleh berkenalan. Kami boleh bersama. Tapi,nak kah dia bersama manusia cacat seperti aku? Ah,lupakan itu. Mula mula,cari dia dahulu.

2 jam mencari nama dia,baru aku sedar,aku hanya tahu nama 'NADIA' sahaja kerana nama itu ada di tag nama dia. Celaka. Nama penuh aku tak tahu. Ah,nak bersama dengan dia konon. Nama penuh dia pun tak tahu. Ada hati nak bersama dia. Itu lah,berangan lagi kerjanya. Ada baik aku layan porno. Hilang stress. Kalau hilang mata,aku tak kisah. Alang alang kaki dah hilang,hilangkan saja mataku.

Hai Nadia,dimana lah engkau. Di mana lah dia..