Study lah! Texting je kerja.
Haih,kenapa math tu banyak tak buat? Haih,macam mana lah nak PMR nanti
Dah nak PMR pun nak online lagi?
Study study,PMR dah dekat.
Kau tak boleh main game,pergi belajar. Sebok je.
Tak dapat banyak A,siap kau.
Sekarang,itu semua hanya kenangan. Kata kata itu semua sudah jadi sejarah. Kata kata itu semuanya tidak bermakna sekarang. Kerana PMR sudah habis.
3 tahun kita belajar,dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3,semua yang kita belajar,kita luahkan dan curahkan segalanya selama 4 hari di atas kertas peperiksaan. PMR ialah hari yang ditunggu tunggu sejak sekian lama oleh pelajar pandai,bodoh,pemalas,rajin,kacak,tak berapa kacak,lawa,tak berapa lawa,single,sudah berpunya dan lain lain. Ini kerana,masuk sahaja tingkatan 3,hidup umpama tidak bebas. Mahu ke rumah kawan,hanya untuk study. Masa online,dibebel dan dimarahi. Masa tidur,dikejutkan supaya study. Masa berak...
Apabila tamat sahaja PMR,segala yang dilarang sebelum PMR,pelajar sudah bebas melakukannya tanpa dimarahi. Kecuali perkara yang dilarang oleh undang undang dan syariat islam lah. Segala beban yang kita tanggung selama 3 tahun ditulis di atas kertas peperiksaan. Lega rasanya.
Walaupun PMR dah habis,ingat,perjalanan kita masih panjang dan jauh lagi. Jangan ingat lepas PMR atau SPM kelak,kita dah tak perlu belajar. Belajar itu penting. Menuntut ilmu itu wajib hukumnya.
Akan tetapi,nikmati lah hari hari yang ada sebelum keputusan keluar. Nikmati lah hari hari bebas daripada tekanan peperiksaan. Nikmati lah ia selagi ada.
Ilmu itu pelita hidup.
Tanpa ilmu,sukar untuk meneruskan hidup.
Belajar lah dimana sahaja,
asalkan kita terus berusaha tanpa putus asa.
Albert Einstein pun dahulunya belajar dibawah jambatan.
Dan akhirnya menjadi manusia yang bijak.
"Education is what remains after one has forgotten what one has learned in school"
-Albert Einstein-