Logik akal. Ya,kita manusia mempunyai akal yang waras. Ada yang tak berapa nak waras. Tetapi,kebanyakan penduduk di bumi mempunyai akal yang waras.
Kita semua akan berfikiran logik dahulu,baru berfikiran kreatif. Jika saya kata saya mempunyai dua pemadam. Amir mengambil dua pemadam. Berapa yang saya tinggal? Kita semua mungkin menjawab kosong. Tetapi bila kita berfikiran kreatif,kita mungkin akan jawab "Tinggal dua pemadam. Sebab,belum tentu kau bagi pemadam tu dekat Amir" Ya,bunyi macam bodoh,tapi sesetengah orang buat teka teki begini,dan orang lain kata ianya kreatif.
Jadi,masalahnya begini. Ada kalanya saya tercakap yang seseorang itu masuk neraka. Ya,memang bukan saya yang menentukan seseorang itu masuk neraka atau syurga. Tetapi,bagi yang beragama islam,kamu belajar pendidikan islam bukan? Bila seseorang manusia yang beragama islam itu meninggalkan solat dengan sengaja. Apa balasannya? Mendapat dosa besar kan? Itu yang kamu jawab dalam peperiksaan bukan? Kenapa kamu tak jawab "Bukan hak saya yang menentukan dia mendapat dosa atau tak" Kenapa? Jika seseorang itu syirik terhadap Allah. Setahu saya,masuk neraka kan? Maaf jika salah,tetapi setahu saya masuk neraka. Dan jika itu jawapannya,kenapa kamu tak tulis dalam peperiksaan "Bukan hak saya nak tentukan dia masuk neraka atau syurga. Itu Allah yang tentukan." Kenapa tak jawab begitu? Sebab cikgu suruh jawab macam dalam buku teks? Saya pun sama. Cuma saya mengatakan saja. Bukan menulis. Bila seseorang itu syirik,dan saya cakap dia masuk neraka. Adakah saya menetapkan takdir dia untuk masuk ke neraka? Tidak. Saya tak tetapkan atau tentukan dia masuk neraka. Saya cuma berfikiran logik. Dan saya cuma ikut buku teks pendidikan islam. Seperti apa yang kita belajar,orang islam yang syirik terhadap Allah,akan masuk ke neraka. Jadi,saya cakap saja yang dia masuk neraka. Saya cuma menyatakan saja. Saya tahu bukan kuasa saya untuk tentukan dia ke neraka atau syurga. Tetapi saya cuma menyatakan saja. Saya tahu Allah mungkin masukkan dia ke syurga. Itu semua kuasa Allah,saya cuma menyatakan saja. Mungkin terlepas cakap. Tetapi tak bermakna saya yakin 100% yang dia masuk ke neraka.
Jadi,bila seseorang itu berkata "Dia ni masuk neraka lah kot." atau "Neraka lah jawabnya." Dia cuma menyatakan saja. Dia tidak menentukan dan tetapkan seseorang itu masuk syurga atau neraka. Dia cuma ikut logik akal. Buat salah,masuk penjara. Buat dosa,masuk neraka. Faham?
Segala pendapat di atas mungkin ada salah kerana saya manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan. Itu semua pendapat saya sahaja.