Kata Jamil kepada penjual aiskrim semasa hendak pulang ke rumah. Dengan membawa beg sekolah yang besar,Jamil berjalan kaki seorang diri daripada sekolah pulang ke rumah.
Tiba saja Jamil di rumahnya,abangnya sudah bersiap untuk keluar berkumpul dengan kawan kawannya dan melawat rumah orang orang tua di Shah Alam.
"Abang nak pergi mana?" tanya Jamil sambil membuka baju sekolah nya. Badan gempal bermata sepet berumur 9 tahun. Ya,itu lah Jamil. "Abang nak pergi rumah orang tua tua lah. Nak buat amal. Duduk rumah baik baik tau. Pukul 4 nanti,kakak datang. Tolong angkat kotak tu,letak atas motor abang. Terima kasih comel!" kata Farhan. Kedua adik beradik sangat akrab dan rapat.
"Abang balik pukul berapa?" tanya Jamil. "Tak janji,malam kot. Jangan takut comel,nanti kakak balik. Makanan dalam oven. Panaskan kalau sejuk. Rasanya tak sejuk sangat kot. Byebye comel! Jaga rumah!"
Farhan memasukkan kunci motornya lalu menghidupkan enjin motornya lalu beredar dari rumah. Kotak sumbangan di ruang depan. Tak sabar hendak membuat amal jariah di rumah orang orang tua.
______________________________
"Wani! Tunggu aku!" jerit Syaza dari kantin. Wani sudah berjalan dengan pantas. Dia tak mahu kekasih hatinya,Farhan menunggu lama di depan sekolah. Mereka semua sudah berjanji untuk berkumpul dahulu sebelum pergi bersama sama ke rumah orang orang tua. "Cepat lah Syaz! Lembab lah kau. Diorang dah tunggu lama dah!" jerit Wani. Boi,Arman dan Mei Ling sudah tunggu di depan sekolah dengan membawa barang barang sumbangan yang diberi oleh orang awam minggu lepas.
"Weh,minta maaf weh sorry lambat. Syaz ni lembab. Cikgu Mimi pun lambat nak bagi sumbangan." kata Wani dengan nafas turun naik turun naik. Penat. Mengah. Berlari dari kantin sampai pintu pagar depan sekolah. Kemudian,bunyi hon dari jauh,ya,itu lah buah hati Wani,Farhan.
"Taiko besar dah sampai. Janji pukul 2,sekarang dah pukul 2.30. Taiko memang melayu lah. Janji melayu sungguh!" kata Boi dengan muka ketatnya. "Minta maaf lah korang. Adik aku lambat balik. Aku kena tunggu dia balik. Dia takde kunci rumah. Sorry sayangku Wani!" kata Farhan. Nasib baik Boi berbadan tegap. Jika tidak,sudah pasti kaki keding Farhan melayang ke muka Boi. Nasib baik Wani ada di situ. Mesti lah kena tunjuk baik depan buah hati.
Weh u'olls,kejap lagi mak i datang ambik i. I ambik kotak yang berisi baju and kasut. Boi and Syaza ikut I. Mak I drop i dekat Shah Alam,seksyen 24. Korang naik apa?" kata Mei Ling. "Oh,terima kasih Mei sebab bawak dua kotak yang berat ni. Aku dengan Wani naik motor then pergi stesen bas,naik bas. Em,Arman,kau naik apa?" kata Farhan. "Aku naik jiran aku kejap lagi. Dia drop dekat stesen bas. Korang tunggu aku tau. Korang jangan naik bas lagi." kata Arman. Ketika itu juga lah,langit yang dari tadinya berat,lalu air pun keluar dari awan awan hitam,hujan sudah turun.
"Weh weh angkat kotak kotak ni weh bawak masuk!" Jerit Boi yang sedang mengangkat dua kotak berat. Maklum lah,budak gym. Farhan membawa 2 kotak ringan. Syaza dan Arman membawa satu kotak berat. Wani membawa satu kotak. Mei Ling lari masuk dalam sekolah dan mendail nombor ibunya melalui iPhone 4S beliau.
"Semua kotak ada 7. Satu,dua,tiga,empat,lima,enam. Mana lagi satu?!" Farhan sudah panik. Malah,semua yang berada disitu sudah panik. Mereka semua lupa satu lagi kotak. Masing masing menyalahkan sesama sendiri. Hanya Farhan yang diam. Cuba memikirkan kotak yang lagi satu berada di mana. Paap! "Aiyoo adik,ini satu kotak ini adik punya kan? Aiyoo,sudah basah lah adik. Pakcik nampak adik semua bawa kotak,jadi pakcik anggap ini kotak kamu orang yang punya lah kan?" ujar pakcik Savi. Bekerja sebagai jaga di sekolah. "Terima kasih pakcik Savi!" Jerit sekumpulan budak budak kepada pakcik Savi. Sekumpulan budak budak yang mempunyai niat murni untuk membuat kerja kerja amal.
______________________________
Sudah pukul 5.30 petang. Mei Ling,Boi dan Syaza menunggu Farhan,Wani dan Arman. Mei Ling,Boi dan Syaza semuanya 4 kotak. 2 kotak berat,berisi kasut dan baju. 2 lagi kotak berisi makanan dan duit. Pukul 5.45,mereka tiba. Farhan,Wani dan Arman tiba membawa 3 lagi kotak. 2 kotak berat berisi mainan dan 1 kotak ringan berisi air mineral yang banyak.
"Boi,kau ikut aku pergi belakang rumah. Bawak 2 kotak makanan dengan 2 kotak air mineral. Arman,kau ikut Wani dengan Syaza. Bawak dua kotak mainan. Mei Ling,kau settle kan pengurus kat sini dan bagi kotak duit tu dekat dia. Cun?" "CUN" Jawab Boi,Mei Ling,Syaza,Wani dan Arman. "Terima kasih semua." balas Farhan.
_____________________________
Bergembira,bersedih,bersembang kosong,bertanya khabar dan bergurau senda,semuanya dilakukan di rumah orang orang tua. "Seronok." Hanya itu yang keluar di mulut Farhan. Farhan mengetuai kumpulan ini. Dia yang merancan untuk melakukan aktivit amal di rumah orang orang tua.
Jam menunjukkan pukul 11.12 minit. Selesai bergembira dan beramal di rumah orang orang tua,6 sekawan ini pun menuju ke stesen bas. Ibu Mei Ling sudah tidur,jadi Mei Ling terpaksa pulang bersama rakan rakannya yang lain. Farhan dan Wani berdating sambil berjalan menuju ke perhentian bas yang terdekat. Arman berjalan keseorangan sambil mendengar lagu di iPod beliau manakala Boi diapit oleh Mei Ling dan Syaza. Syaza sebenarnya sudah jatuh hati pada Boi,lebih lebih lagi Syaza pernah melihat Boi telanjang bulat ketika Boi menyalin pakaian di padang semasa latihan rugbi. Tak sengaja. Mei Ling pula memang suka pada Boi sejak tingkatan 3 lagi. Sudah 3 tahun memendam rasa cinta terhadap Boi,sehingga lah tingkatan lima,perasaan cinta itu kekal di dalam hati Mei Ling dah tidak diluahkan pada Boi.
" Terima kasih tau sayang sebab tolong I pergi kutip derma dan sumbangan dekat Giant haritu. Sayang you!" kata Farhan. Wani tersipu malu. Pipi dia yang merah menunjukkan bahawa dia malu. "Alah,macam lah Wani sorang je yang tolong. Syaza dengan Arman tolong jugak. Tak puji diorang pun." balas Wani. "Alah,diorang tolong menyibuk je. You yang buat banyak kerja. Hehe." balas Farhan.
"Weh,korang nak stay mana malam ni? 3 rumah kosong. Rumah aku,Arman dengan Syaza. Ke nak balik rumah masing masing?" tanya Boi dengan harapan Farhan dan Arman lepak rumah dia. Yang perempuan suka hati,nak tidur rumah masing masing boleh. Nak tidur dengan diorang boleh. Otak kotor Boi mula menayangkan video video tak senonoh dalam otaknya. "Aku tidur rumah kau lah Boi. Ada xbox. Arman,kau tidur dengan siapa? Wani sayang,you tidur rumah siapa?" "I tidur rumah i je lah sayang. Syaza tidur rumah i. Mei Ling tidur rumah dia." balas Wani. "Arman,kau tidur mana?" tanya Mei Ling. "Aku join siapa lagi kalau bukan Boi,main FIFA dekat rumah dia best kot. Hahaha." balas Arman.
"Weh korang semua,kita japgi nak berpisah. Sebelum tu,aku nak ucapkan terima kasih sebab tolong aku jadikan rancangan aku berjaya. Eh,maksud aku,rancangan kita. Korang buat dengan suka rela,tu yang buat aku bangga dengan korang. Moga Tuhan berikan ganjaran yang tinggi kepada kamu semua." kata Farhan sebelum mereka pulang ke rumah yang mereka nak pergi. "Siapa kata aku buat suka rela?" balas Arman. Yang lain terkejut,Farhan relaks saja. "Aku nak ganjaran aku." tambah Arman lagi. "Kau nak apa cibai?" Balas Boi. "Aku nak main game sampai muntah,dekat rumah Boi. Hahahaha" kata Arman. Yang lain tergelak.
_____________________________
Melalui cerpen di atas,pengajaran apa yang anda peroleh? Tiada? Sila tekan butang X diatas sekarang. Ada? Apa dia? Membuat aktiviti amal? 50% betul. Pengajaran yang aku ingin sampaikan melalui cerpen ini ialah sentiasa mengucapkan terima kasih. Melalui kajian yang dibuat oleh aku (kajian sangat) aku mendapati warga negara Malaysia ni susah nak ucapkan terima kasih. Contohnya di kedai serbaneka,kalau peniaga tak ucapkan terima kasih,kamu nak diam saja? Ucapkan lah terima kasih kepada dia. Tak logik? Fikir balik,dia membekalkan segala keperluan kamu. Kamu beli di kedai dia. Jadi,dia pun ada hak untuk menerima ucapan terima kasih daripada kamu. Dan kamu juga mempunyai hak untuk mendapat ucapan terima kasih dari peniaga.
Walau apa pun,ucapan terima kasih wajar diberikan kepada semua manusia. Tak kira tua,muda,perempuan,lelaki,pondan,gay,lesbian,yang terkenal,yang tak terkenal,yang kaya,yang miskin,yang mengemis,bodoh dan pandai,semua layak menerimanya dengan cara yang betul.
Jadi,saya ingin mengucapkan
TERIMA KASIH
kerana sudi membaca cerpen cerpen bodoh dan pengisian pengisian bodoh di dalam blog ini.
Dan sudi follow blog ini. Sayang kamu,sampai mati.