Mengarut ; Kisah Thor

Aku bangun dari katil yang empuk,tebal dan lembut. Menggeliat seperti model playboy. Mata terpejam,masih cuba membayangkan apa yang aku mimpi malam tadi.

 Masih tak ingat.

Aku susun langkahku menuju ke dapur. Melihat Mek Yam,iaitu bibik di istanaku yang diupah oleh ayahku yang bernama Odin.

"Masak apa Mek Yam? Takkan ikan salmon lagi? Muak lah Mek Yam." ujarku seperti budak budak yang meminta ibunya masak benda lain selain bubur.

"Engkau jangan nak ngade ngade Thor,aku dah masak salmon. Kegemaran bapak kau. Baik kau makan,kalau tak aku kerat lapan Mjolnir kau tu. Sejak menang lawan penduduk Marikh,makin demand kau ya." bebel Mek Yam di dapur. Alah,bebel bebel pun,aku sayang dia lagi daripada aku sayang mak aku.

Mak aku dah lama tinggalkan aku. Kalau dia mati,mungkin aku sedih. Tapi tak,dia tinggalkan aku dan keluarga. Ikut mat salleh mana entah. Konon pengarah cerita kereta-ubah-jadi-robot-lawan-robot-lain konon. Bukan real pun. Aku yang berperang dengan dunia dunia lain,tak pulak dibuat cerita. Cibai.

Cukup lah,serabut otak memikirkan tentang mak. Asalkan dia dah bahagia,dia boleh diam. Kalau tak,sibuk nak arah penduduk dia serang Asgard. Mentang mentang dia jadi permaisuri di dunia yang bernama BUMI. Dah lah penduduk semuanya lembik dan kecil. Konon tegap badannya,sekali hayun Mjolnir aku,manusia yang digelarkan 'The Rock' pun melayang entah ke negara mana.

"Thor sayangku,dah bangun dah dia. Heee,nak kiss!" suara bidadari yang aku kahwini lebih 3 bulan datang menegur aku. Maklum lah,malam tadi dah puas,pasal tu pepagi buta ni dok manja manja.

"Alololo,selamat pagi puteriku. Tak mo kiss kiss,tak gosok gigi lagi. Taik mata pun melekat lagi ni" kata aku sambil berlari anak ke dalam tandas.

Cermin ni kecik lah. Tak dapat nak tayang muscle aku. Nampak body je. Haih,kena beli cermin baru ni. 
Aku pun mandi dengan khusyuknya. Seronok dapat mandi pagi pagi buta. Tengahari nak berperang dengan penduduk Slonokia. Kelakar sungguh namanya.

Selesai mandi,aku pun petik jariku dan secara automatiknya badanku yang tegap - mampu - membuatkan - lelaki - takut - padaku - dan - perempuan - cair - padaku ini dilekatkan dengan sut yang mahal. Walaupun geli semasa proses melekatkan baju pada badan aku,namun aku tahan saja kerana sut ini kalis dengan semua benda. Mjolnir aku yang hebat pun tak boleh nak hancurkan baju ini. Ini semua diberi oleh ayahku,Odin.

"Wahai abangku yang tegap,kau nak bertarung dengan penduduk Slonokia kah hari ini?" tanya adik ku,Loki. Ah,dia suka mengampu aku,kerana dia tak suka akan peperangan. Dia suka berdamai dengan musuh. Sebab itu,ayah ingin memberikan tahkta dan pangkat RAJA kepada aku.

"Ya adikku. Aku akan musnahkan seluruh penduduk penduduk Slonokia itu sehingga mereka hanya ada sebutir beras,sejengkal benang dan sekumpulan manusia yang durjana yang tinggal di negeri itu." ujarku dengan garang. Biar dia tahu,semangat aku membara untuk bertarung nyawa bersama bala tenteraku yang taat setia kepadaku untuk melawan penduduk durjana yang dinamakan Slonokia itu.

______________________________________________________________________________

"Mara lah kehadapan wahai tenteraku yang gagah berani! Jangan kamu gentar terhadap anasir anasir durjana itu. Mereka yang berkaki empat dan bertangan dua saja sedangkan kamu semua ialah separuh dewa separuh manusia. Ayuh tentera tentera ku,berjuanglah demi keamanan. Berjuanglah demi negara dan bangsa kita. MAJU!!"

kata kata semangat aku tiupkan ke dalam hati tentera tenteraku yang sudah berkhidmat denganku selama 300 tahun tanpa mengkhianati aku. Mereka dengan semangatnya menunggang kuda Soprokos lalu menghayunkan pedang pedang,kapak kapak dan rantai rantai yang hujungnya terdapat sebilah parang panas ke arah manusia durjana iaitu penduduk Slonokia.

Jeritan demi jeritan mereka laungkan akibat kesakitan dan kepedihan yang mereka alami. Padan dengan muka engkau,wahai raja Hovia de Lava. Kau nak sangat penduduk kau melawan Asgard,ini lah akibatnya.

Raja Hovia de Lava sangat marah lalu menunggang kuda terbangnya ke arah aku dengan laju sekali. Entah mana dia beli kuda itu,aku pun tak pasti. Yang pasti,kuda itu datang ke arah ku dengan laju sekali. Oh shit. 

______________________________________________________________________________


"Hahahaha,sekarang baru kau rasa penangan Mjolnir aku kan raja Hovia de Lava? Hahahaha. Baru puas hati ku menghayun Mjolnir ku ke arah muka tua mu itu."

"Ah! Walaupun Mjolnir kau yang hebat itu kena mukaku,namun,aku masih bertenaga lagi untuk bertarung dengan mu wahai anak Odin! Ambik ni!" raja Hovia de Lava pun menghayun kan kapak gergasi ke muka ku,namun,apa guna kelincahan yang ada dalam diri kalau tidak digunakan,ye dak? Aku pun elak dan elak dan elak. Segala serangan raja bangsat itu aku elak dengan mudah. Sehingga aku tidak perasan,bahawa aku semakin dekat dengan api yang marak di belakang ku.

"Weh panas doe panas babi!" Melatah aku apabila api yang terkena pada lengan ku. Nasib baik baju aku ini mahal. Kalis dengan semua benda. Belum sempat muka memandang raja Hovia de Lava itu,satu tumbukan padu ke arah muka aku. Lalu aku pun jatuh ke belakang di dalam api yang marak itu. Namun,aku terasa sejuk pula. Apakah ini.....air?

______________________________________________________________________________


Ya,memang air.

"Woi lahanat! Kau kencing dekat katil aku kenapa bodoh eeeee pengotor lah kau ni sial betul. MAK! ADIK KENCING ATAS KATIL LAGI! Bodoh lah kau ni. Aku dah kata,sebelum tidur basuh kaki. Kau tu kalau mimpi apa apa,mesti kencing. Bodoh punya adik!" marah abang aku,Wan.

"Alah,orang tak sengaja lah. Kecoh lah abang ni nak bagitahu mak pulak. Kaki mengadu!" lalu aku pun berambus ke tandas dengan seluar basah bau hancing. Cis,belum pulih lagi penyakit kencing aku ni rupanya.

"Hotak kau aku kaki mengadu. Dah kau kencing dekat katil aku. Mana tak aku ngadunya cibai. Ngada ngada nak tidur katil aku,aku dah bagi kebenaran,lepastu kencing dekat katil aku. Nasib baik aku tak backhand muka kau."

Itu la kisah Thor atau lebih tepat,mimpi Thor.