Kampung halamannya.
Man yang sekarang berumur 27 tahun yang sedang melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Berkat doa dan semangat belajar Man yang tidak pernah pudar,dia sekarang belajar di German.
Man rindu akan kampung halamannya. Walaupun penuh dengan memori pahit,dia setia dan tidak jemu untuk berada di kampungnya. Cuma,takdir telah memisahkan dia apabila dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Itu rezeki Man.
Man di dalam teksi yang sedang menuju ke pangsapuri nya di Lagoon Perdana di Bandar Sunway. Dia harus pulang ke rumah dahulu dan dari rumah menuju ke Muar,dia menaiki keretanya sendiri. Dia sungguh teruja melihat persekitaran di Malaysia yang kian berubah hari demi hari. Sukar untuk mengambarkan perasaanya yang sangat teruja sehinggakan dia berdengkur dengan kuat sekali di belakang di tempat penumpang. Dengan penuh khusyuk dia tidur. Sungguh teruja.
__________
18 tahun yang lalu.
"Man buncit Man buncit! Hahahaha!" kutuk Rizwan,pelajar paling nakal di dalam kelas. Sebut saja nama Rizwan,pasti cikgu cikgu akan hilang mood untuk mengajar,akan muntah,akan koyakkan kertas dan tumbuk cikgu sebelah. Betapa geramnya pada si Rizwan itu. Pelajar yang teramat nakal. Baru darjah 3 dah pandai cium mulut budak perempuan. Mana taknya cikgu geram.
Man pun membawa diri ke luar kelas dan menuju ke tandas. Dengan hati yang berkecai,mata yang berkaca,dia pun pergi membawa diri ke dalam tandas dan membasuh bajunya yang di cat dengan warna kuning dan hitam semasa pendidikan seni. Rizwan yang tidak membawa alat yang disuruh bawa,lalu mengambil Man punya alat. Man sudah tidak tahan lagi untuk bersabar lalu menumbuk Rizwan. Tetapi nasib Man malang,apabila dia nak menumbuk Rizwan,kaki Man tersekat di celah kerusi lalu terjatuh lah Man dengan malunya. Lalu Rizwan dan rakan rakanya yang lain bangunkan Man lalu mengecat badan dan baju Man dengan seronoknya tanpa dihiraukan cikgu kerana cikgu pun keluar sekejap ke tandas.
"Hahaha,cat baju dia weh! Tulis 'MAN BUNCIT' dekat perut dia!" jerit Rizwan kepada konco konco jahanamnya. Mata Man berkaca,sebak,hati yang geram terus pudar dan menyerah kalah kepada Rizwan dan konco konconya. Rasa seperti hendak dirogol pun ada. Nak buat macam mana,6 lawan 1,sudah pasti Man kalah. Kalau Man lawan,balik baju bukan penuh cat tapi darah.
"HOI! RIZWAN! KAMARUL! EFENDI! NAKRUL! RANDI! ORTON! DUDUK! JAUHKAN DIRI KAMU YANG BODOH TU DARI MAN! DUDUK!!" Jerit cikgu Jijah yang baru sampai di depan kelas apabila sudah selesai membetulkan tudung dan make up nya di tandas.
Cikgu Jijah mendekati Rizwan dan konco konconya lalu dicubit di lengan kiri dan kanan dan di pial telinga mereka dan bawa mereka berjumpa dengan pengetua.
Man cukup benci apabila mereka dibawa berjumpa pengetua kerana pengetua tidak berbuat apa apa hanya marah dan beri amaran palsu. Pengetua takkan buang mereka kerana mereka ialah anak orang yang berkuasa. Pukimak ah.
Man pun membasuh bajunya dan mengelap perutnya yang diconteng 'MAN BUNCET'. Man pun menangis kerana kesan cat tidak hilang. Man menangis dengan kuat. Apa yang Man harus beritahu kepada ibunya yang penat bekerja seharian mencari duit tetapi pulang di rumah mencuci pakaiannya yang hanya tinggal sehelai. Sungguh keluarga Man keluarga yang susah. Perutnya buncit bukan kerana banyak makan tetapi buncit kerana banyak minum air.
"Man. Jangan lah nangis. Nanti kita basuhkan baju awak. Boleh?" tegur Alia dari luar tandas. Dia dapat mendengar tangisan Man dari luar tandas.
_______
"Man. Boleh tak? Man. Man. Man...." wajah Alia yang Ayu berubah menjadi wajah kerepot yang bertahi lalat kecil di dahi dan bermisai. Pakcik yang membawa teksi mengejutkannya di belakang kerana sudah 10 kali dikejutkan dari depan,Man tidak bangun. Sangkaan pakcik meleset apabila Man bangun dari tidur kerana pakcik menyangka bahawa Man sudah tidak bernyawa lagi.
"Nama awak Man kan? Saya nampak dekat beg awak tu. Bangun nak,dah sampai dah ni." kata pakcik itu.
Selesai membayar semua segala benda,Man melihat bangunan tersergam indah. Silau matahari yang menyakitkan mata Man pun keluar. Bangun tidur,kena silau. Cibai.
"Hai Man!" tegur perempuan perempuan yang sedang menjaga adiknya bermain di taman permainan. Sungguh kacak Man sehingga ditegur dua tiga awek dan diperhati dari belakang oleh makcik jual goreng pisang. Mana taknya,lepas habis SPM,Man pun bina badannya yang buncit dan gemuk lalu bertukar menjadi badan yang lebih kurang macam Randy Orton (sila google jika tak kenal)
Man hanya senyum manis apabila ditegur. Dia tidak sabar untuk memasuk pangsapuri nya. Buka sahaja pintu,Mark dan Jibam menjerit gembira akan kepulangannya. Sungguh gembira melihat anak orang miskin yang ditanggung oleh kerajaan yang boleh membayar pangsapuri yang dikongsi tiga orang ini pulang ke pangsapurinya. "MAN MY MAN! How are you bro?" sapa Mark. Mark,mat salleh yang pandai cakap melayu pun tinggal bersama mereka. "I'm fine. Dah boleh cakap melayu dengan lacar belum?" balas Man.
"Bowleh lah. Tetapi tidhak berapa lancau lah. Eh,lancar."
"Jibam! Lama siot tak jumpa kau! Apahal kau deactivate FB kau?!" "Aku sibuk dengan Twitter lah. Hehe. Kau pun makin sasa aku tengok. Dada bidang,otot besar. Kau makan babi ke dekat German sana?" balas Jibam yang keding. "Hahahahaha,babi kau lah babi. Sana gym merata. Murah pulak tu. Mana taknya makin sasa!"
Kegembiraan menyambut Man pulang diraikan hingga malam di kedai mamak menonton perlawanan bola sepak bersama Jibam sahaja kerana Mark ada kerja di rumah.
"Weh Jibam,besok aku kena gerak kampung doe. Kau jaga rumah tau."
"Apahal pulak beb? Kau baru balik,nak pergi Muar dah? Cibai apa sial."
"Alah,mak aku suruh balik. Miza nak kahwin lah."
Hampir tersembur air teh tarik yang sedang diminum oleh Jibam.
"Miza nak kahwin?! Aku punya lama adjust adik kau tu,aku tak dapat dia?! Ah,ni yang nak pukul boyfriend dia ni. Besok bawak aku gi kampung kau. Aku nak face to face dengan boyfie dia." marah Jibam. Sudah 3 tahun Jibam cuba ngorat adik Man,tetapi tetap gagal.
"Betul nak ikut? Aku memang plan nak bawak kau pun. Kalau aku penat,kau drive. Cun?"
Sekali lagi,nak tersembur teh tarik Jibam.
"Weh tak perlu doe. Aku drive kadang kadang tertidur sial. Kang eksiden kau camne?"
"Bodoh lah kau ni. Kau drive sampai Muar,lepastu aku drive lah pulak. Cam tak biasa je. Kampung kau pun kat sana."
"Memang lah. Tapi kampung aku tu siapa je yang ada? Mak aku dengan ayah aku dah berumah di kubur. Adik aku entah mana hilang. Kakak aku dah jadi suami orang dekat london sana. Aku? Duduk kat sini dengan kau. Sedih tau hidup aku. Sedih aku kalau nak balik kampung balik."
"Elelelelee,nak ikut ke taknak?"
"Ye lah,tapi duit minyak kau bayar."
"Dah kereta aku,kompem aku bayar lahanat."
__________
10 tahun lalu.
"Man,minggu depan kita nak SPM. Saya risau lah."
"Alah,kita dah usaha kan? Doa je lah. Jangan risau,saya ada. Hihi"
"Eh awak ni ngada ngada pulak." kata Alia,kawan Man. Mereka berkawan sehingga lah tingkatan lima. Sejak peristiwa Alia mencuci baju Man sewaktu sekolah rendah,mereka berkawan rapat sehingga tingkatan lima. Alia hanya menganggap Man kawan biasa,tetapi Man anggap Alia seperti dia jodoh Man. Tetapi Man menyembunyikan perasaannya jauh di dalam. Man taknak persahabatan mereka hancur. Jika Man beritahu Alia bahawa Man suka dia,maka persahabatan mereka ada dua pilihan. Sama ada bertukar menjadi pasangan kekasih sepertimana Man mengharapkan,atau bertukar menjadi kawan yang tidak berjumpa dan tidak bertegur. Malu kalau cintanya ditolak.
"Awak,nanti lepas SPM,jangan lupa saya tau. Nanti saya takut awak hilang entah kemana pulak. Hehe."
"Alah,jangan risau. Awak ada nombor saya,saya ada nombor awak. Kita contact. Jangan tukar nombor tau. Kalau ada rezeki,kita jumpa lagi."
__________
"Kalau ada rezeki,kita jumpa lagi." Suara Alia terngiang ngiang di dalam otak Man. Rindu pada Alia. Entah kemana dia hilang. Pada mulanya,Man yang menghilangkan diri dahulu. Pergi ke German. Dan pada masa itu,hati Alia baru saja nak menyukai Man,tiba tiba ibunya suruh mengahwini Rizwan jahat. Alia terpaksa ikut kata mak nya. Kalau tak,maknya halau dia keluar dari rumah. Cinta dulu dulu,biasalah.
Kemudian,apabila Man hendak pulang ke tanah air untuk mengahwini Alia,dia diberitahu ibunya bahawa Alia akan berkahwin dengan Rizwan,musuh ketatnya. Dengan hati yang sebak,Man tidak jadi pulang,lalu menghabiskan maasa nya di gym. Bersenam macam orang gila. Hanya dengan itu,segala tekanan perasaan boleh dihilangkan.
"Weh Man,aku dah ngantuk ni. Kau drive lah." Jibam bersuara.
"Hmm,kau stop kat R&R sana. Kita makan,then aku drive." balas Man dengan suara bangun tidurnya.
"Yes! Kau belanja? Cun.....KFC kita!"
"Aku belanja,kau bayar. Cun.....KFC mari!"
"Kimak................"
Selesai makan,Man pun membawa keretanya. Membawa hati yang rindu pada Alia menuju ke kampung halamannya.
_________
"Dik,tu Jibam. Manusia yang kau tolak cintanya tu. Pergi lah tegur dia." tegur Man kepada adiknya,Miza.
"Alah,tu kan kawan abang,pergi lah layan dia. Orang tengah sibuk ni." balas Miza.
"Alah,sibuk mende. Layan phone je."
"Hehe. Eh,abang makin tegap ah Miza tengok."
"Well,workout kat sana best dik. Tak berpeluh,sejuuuk."
"Man,pergi lah layan kawan Jibam tu. Kesian dia mak tengok,dok layan phone je." sampuk mak nya.
"Ye lah. Tapi mak buatkan teh tarik boleh? Dia suka teh tarik. Lagi pun,teh tarik mak memang tertarik lah abang nak minum. Hehe."
"Dah,pergi ambik dekat dapur."
"Woi Jibambambam. Ni haa air kesukaan kau. Nah. Mak gua buat bhai."
"Woi! Ini yang sedap ni datang kampung kau."
"Alah,tak payah nak buat muka happy sangat lah. Aku tahu kau sedih tengok adik aku nak kahwin dengan orang lain."
"Nak buat macam mana,dah jodoh. Eh cakap pasal jodoh,ada awek lain tak kat sini? Aku nak cari jodoh jugek."
"Ada ada. Makcik Limah jual kerepek kat simpang. Suami dah mampus. Masuk meminang lah."
"Kalau aku simbah teh tarik ni kat muka kau,kau jangan tanya kenapa. Eh,mana Alia eh? Aku dengar dia balik kampung harini. Bebudak kat twitter ni cakap ah. Apa jadi kau dengan Alia?"
Sesungguhnya Jibam memang kawan dia di sekolah menengah. Memang dia tahu apa yang Man sedang fikirkan sekarang.
"Yeke? Hmmm,lepas dapat result. Dia masuk UiTM dengan aku. Lepastu....aku pergi German,dia stay UiTM. Ingat lagi tak dulu aku nak balik tapi tak jadi. Aku tiba tiba ada class tu. Ingat?"
"Oh,ingat. Kata nak balik,budak budak dah beli pizza bagai nak sambut kau. Tengok tengok,tak jadi. Nasib baik pizza aku dapat. Kalau dapat dekat Mark,dah lama habis."
"Hahaha,tu sebenarnya mana ada kelas."
"Habis tu? Asal tak balik?"
"Mak aku bagitahu aku,Alia nak kahwin. Aku sedih sangat. Kau pun tahu lah,kalau aku stress ke,sedih ke,aku pergi gym Work out macam orang gila. So,aku cancel nak balik,then pergi gym.
"Yeke? Bapa kesian doe kau. Dia kahwin dengan siapa?" soal Jibam dengan hairan.
"Rizwan." jawab Man dengan lemah.
"Wan musuh gila babi kau tu? Aku pernah tumbuk budak tu. Sampai ke Pontian dia pergi. Hahaha,terus tukar sekolah."
"Alah,dia tukar sekolah bukan pasal kau tumbuk dia. Dia gaduh dengan budak budak kita."
"Alah,lebih kurang lah. Eh kalau dia jumpa kau,kau nak buat apa? Badan kau dah tegap dah ni. Nak sekeh kepala budak tu ke apa?"
"Aku salam dengan dia sudah."
"Bajet baik depan Alia lah tu."
"Minum air cepat,kang aku simbah kang."
__________
Lagu kahwin berkumandang. Bermacam macam lagu cinta keluar. Tetamu dah kenyang,ada yang dah balik. Dua pasangan yang kacak dan lawa duduk tersipu malu di depan. Gembira mak aku,kerana satu tanggungjawab nya sudah lepas. Tinggal aku belum kahwin. Aku tahu,mak aku saja buat muka gembira. Sebenarnya,dia risau tentang aku yang belum kahwin. Belajar tinggi tinggi,kahwin belum lagi.
"Weh Man,aku pergi belakang jap. Aku tak tahan nak tengok adik kau ni. Dah lah lawa,kang nangis pulak aku kat sini." tegur Jibam.
"Haha,yelah. Eh,nampak Alia tak?"
"Em,tak tak tak,gua gerak dulu." balas Jibam dengan tergesa gesa.
Pehal pulak mamat ni menggelabah semacam bila sebut nama Alia?
Aku pun susun langkah,mengekori Jibam dari belakang tanpa disedari oleh Jibam. Sampai di belakang rumah,nampak Rizwan,Jibam dan.....Alia.
"Eh Man!" Tegur Rizwan.
Aku terdiam. Kaku. Kaku melihat Alia. Hiraukan bunyi aluan kompang,suara budak budak jerit dan lagu lagu cinta. Aku sedang memandang cinta hati aku 10 tahun dulu. Lawanya dia..
"Kalau ada rezeki,kita jumpa lagi."