kamu,
berjuta manusia dalam dunia
tetapi kamu fikirkan dia
kamu mimpi dia
kamu hanya cinta dia
mengapa?
kamu,
sedang manusia bergaduh
sedang dunia huru hara
kamu bersama dia
kamu peluk erat dia
kenapa?
kamu,
sudah berpuluh tahun kamu bahagia
bersama dia yang kamu cinta
akhirnya kamu berpisah
atas alasan yang diberikan
mengapa?
kamu,
buat kamu
aku beri nasihat;
jangan ungkap cinta
jika hati belum sedia
untuk merasa pahit cinta
untuk menempuh saat getir
kerana cinta sejati
bertahan selamanya