biar diam

biar diam
walau dihina dimaki dicaci
dipulau diasingkan

biar diam
walau diri ini hodoh
tidak layak untuk mencintai seseorang
tidak layak untuk berkawan
untuk hidup aman

biar diam
walau dikhianati dan ditikam belakang
sesunguhnya diri harus biasa
dengan tikaman dari manusia
yang dipanggil kawan

biar diam
walau hati remuk kecewa merana
perit derita tak terkata
dan simpan segala itu
dalam balang yang rekah,
rekah kerana derita yang lalu

biar diam
walau apa yang mendatang
walau seburuk mana
walau sekejam mana
keadaan itu datang menyinggah
kerana itu adalah suasana kehidupan diri
yang biasa lagi normal

biar diam
dan senyum
gembira dan ceria
dengan keadaan merana
kerana tiada siapa tahu
bahawa senyum,gembira dan ceria itu
hanya lah palsu mengaburi mata mereka.

biar diam
sampai mati
biar terkubur jasad ini
bersama balang rekah
yang mungkin pecah