mari

mari
kita ke bulan
ke bintang
ke mana saja yang engkau mahu
asalkan ke tempat yang
tiada kesedihan

mari
kita menari bersama
walau diri bodoh tentang menari
kita menari sebodohnya
agar hilang rasa sedih
agar datang rasa gembira

mari
kita berlari
lari dari masalah dunia
yang bodoh lagi kejam
buat selamanya

mari
kita lompat bersama
untuk ke dunia yang aman
ke dunia yang dijanjikan
walau sakit pabila tiba
sakit lagi hati dan jiwa kita.

mari terjun bersama
...