aku berjalan di bumi tuhan,
memijak tanah yang sama,
melihat manusia yang sama,
melihat binatang yang sama.
aku teruskan langkah ini,
melihat mereka yang bongkak sombong
menghina mereka yang dibawah
membezakan taraf mereka
membezakan harta mereka.
aku teruskan langkah ini,
melihat mereka yang hatinya hancur,
melihat mereka yang mahu mati,
melihat mereka yang menzalimi manusia lain.
aku teruskan langkah ini lagi,
melihat mereka yang gembira,
melihat mereka yang ketawa,
melihat mereka yang bersyukur dengan kehidupan mereka.
aku berhenti sejenak,
aku mula berfikir,
aku mula hairan;
mengapa manusia berbeza?
sedangkan kita semua dari tanah yang sama
sedangkan kita tinggal di bumi yang sama
mengapa kita perlu berbeza?
semua orang mahukan kebahagiaan
tetapi tidak semua memberikan kebahagiaan
tidak semua yang mendapat kebahagiaan.
aku teruskan langkah ini,
dan terus keliru tentang keputusan aku
diantara manusia manusia tadi,
yang mana satu aku mahu jadi?