lelaki yang dilupakan

lelaki itu,
bangun dari tidur,
mandi bersiap untuk ke sekolah,
untuk berjumpa sahabatnya
untuk berjuma gurunya
untuk menimba ilmu yang tersedia

lelaki itu,
dipinggir oleh sahabatnya
dimaki hamun oleh gurunya
dan pulang dengan ilmu kosong

lelaki itu,
menyanyikan lirik lirik indah
membayangkan kisah kisah indah
hanya untuk menceriakan diri
yang letih yang sedih
dek kerana hidupnya itu

lelaki itu,
dijadikan sasaran untuk dibuli
dijadikan bahan gunaan untuk perempuan
dijadikan bahan untuk dilepaskan amarah

lelaki itu,
redha dan terima segala celaka
redha dan terima hidupnya yang malang
redha dan terima akan kehendak Dia

lelaki itu,
berbau seperti manusia baik
dilihat sebagai malaikat serupa manusia
punya suara yang merdu lagi indah
punya akal yang bijak lagi cerdik
namun semua itu tidak dapat dilihat
kerana itu semua hanyalah mimpinya yang takkan di kecapi

lelaki itu,
bangun dari tidur
mandi bersiap untuk ke sekolah
untuk melalui hari yang sama
untuk berjumpa dengan manusia yang sama
untuk berhadapan dengan celaka yang sama

lelaki itu,
lalui kehidupan peritnya
sebagai manusia biasa yang lemah
tetapi dia cuba melangkah kuat
walaupun deras ujiannya kuat,
tetapi dia tetap dilupakan
dan akan dilupakan
dan terus dilupakan.

lelaki itu,
ialah aku.