kita mungkin tak sangka
bahawa kita punya khilaf
yang kecil mahupun besar
boleh merubah hidup seseorang
kita mungkin yakin
yang kita ini tiada khilaf
yang kita ini sesuci malaikat
namun kita ini penuh dengan dosa
namun kita ini penuh dengan khilaf
kita sangka
dengan kebaikan yang dilakukan
boleh membutakan mata manusia lain
boleh menarik perhatian manusia lain
boleh melupakan manusia lain
daripada dosa yang telah kita lakukan
kita tidak pernah tahu
apa khilaf kita
apa dosa kita
apa salah kita
sehingga semua mula membenci
sehingga semua mula menyumpah
akan diri kita
kita mungkin lupa
akan khilaf kita yang lalu
akan dosa kita yang lalu
tetapi mereka tidak pernah lupa
akan khilaf kita
akan dosa kita
kerana mereka itu lah mangsanya
kita mungkin lupa
kita ini manusia biasa
kita ini insan biasa
yang sering lupa
yang sering alpa
akan khilaf dan dosa
kerana kita sering dibuai mimpi
mimpi syaitan durjana.
q