ujian Tuhan

ujian Tuhan zahirkan ngeri
namun jangan dilupa pengajarannya
andai ujian tidak datang sebegini
tidakkan kita bersatu apatah berdoa

terus tabah buat yang sedang siksa
sungguh diri tidak kuat untuk merasa
sesungguhnya hati kalian amat kuat
kerna hanya yang kuat diujiNya

doa dan usaha biar terus terusan
tawakal dan harapan jangan pernah putus.
andai tiada apa yang mahu kau bicara
jangan pernah bicara selain khabar baik

sesungguhnya Tuhan lebih tahu segalanya.
walau sedalam mana lautan itu,
lebih luas lagi ilmuNya

#MH370