tentang Tuhan

tiap kita mampu berbicara tentang Tuhan
sebagai pencipta yang Maha Esa
sebagai kepercayaan dan keyakinan
sebagai tempat meluahkan perasaan

namun tak semua percaya-Nya dengan sekelip mata
yang mengkaji berpuluh tahun dan sedar kebesaran-Nya
yang mengikut ajaran pendusta tentang negatif-Nya
yang mencari makna Tuhan pada tiap agamawan
yang mahu bukti sains dan fakta tentant Tuhan

tiap kita mampu bicara tentang Tuhan
namun tidak semua percaya kewujudan-Nya
jangan lah memaksa dalam beragama

kerna kepercayaan itu tidak pasti datang dalam memaksa