Hidup aku sentiasa keliru. Selepas selesai satu masalah,satu masalah datang. Tidak pernah tenang jiwa ku. Hanya tenang apabila tidur dan ketika menyembah Tuhan yakni solat 5 waktu sehari semalam. Harini aku dapat masalah baru. Masalah baru dan besar. Lagi besar daripada masalah Amira dan Afrina. Harini aku jumpa mak aku. Mak aku yang dah cerai dengan bapak aku suatu ketika dahulu.
Pada usia 5 tahun,aku baru bangun tidur dan lihat ayah aku ada di katil aku,sedang duduk dan menangis. Dia berkata padaku "Papa dah cuba buat mama duduk dengan kita dan tak tinggalkan kita. Tapi mama nak pergi juga. Papa sedih. Tinggal kita dua je sekarang ni.." Aku seakan tiada perasaan. Hanya melihat ayah aku dengan perasaan kosong ibarat lagu Najwa Latif yakni lagu Kosong. Pada usia 11 tahun,baru aku perasan bahawa aku tiada ibu. Hanya ayah saja yang hidup bersama aku. Aku tanya pada ayah,dia jawab mak dah lama tinggalkan kami. Bukan meninggal dunia. Cuma meninggalkan kami saja untuk lelaki lain. Aku sedih. Sanggup ibu yang melahirkan aku,pergi meninggalkan aku dan ayah demi lelaki lain? Mengapa? Dari dulu,sampai sekarang,bila kisah ini muncul dalam otak aku,aku sedih. Keluar air mata.
Ibu datang di apartment aku. Di Shah Alam. Ibu cantik. Sentiasa. Dia datang membawa anak dia,hasil sperma suami baru dia. Aku terkedu. Budak tu bernama Afrina. Afrina,gadis yang aku rapat sebelum ni. Gadis yang aku menaruh hati pada dia. Gadis yang mungkin jadi pengganti Amira. Bila lihat wajahnya,hati aku terus tawar untuk bersama si dia.
Kami makan bersama di apartment aku. Makan nasi ayam. Mak aku masak. Hebat kan? Mak aku datang rumah aku,mak aku yang masak. Lepas makan,ibu banyak bercerita tentang bagaimana dia boleh tahu yang aku duduk di Shah Alam. Rupanya Afrina dah lama tahu bahawa aku ini anak kepada mak dia. Anak bekas suami pertama dia. Afrina sebelum ni lepak dengan aku kerana dia hanya nak tahu pasal diri aku. Patut lah Afrina macam tak mahu terima aku sebagai kekasih dia. Rupanya dia dah tahu lama yang aku ni abang dia. Betapa celarunya kehidupan aku ni.
Mak tinggal di rumah aku selama 2 hari. Sebelum dia pulang,dia ingin berjumpa dengan ayah. Tiba tiba,loceng berbunyi,mak buka pintu. Rupanya ayah di depan pintu. Mak terkejut. Hampir terkentut. Setelah nak dekat 2 jam mak bersembang dengan ayah,maka mak pun balik dengan senyuman terukir di wajahnya. Ayah pula,dari tadi asyik cakap mak lawa. Ye ayah,Muiz tahu mak lawa.
Sekarang,umurku dah cecah 22 tahun. Aku berada di UiTM Shah Alam. Afrina pindah ke luar negara ikut mak dia. Aku dan abah hanya di Malaysia. Aku sekarang dah ada kerja sambilan. Freelance photographer. Kira untung jugak lah kerja ni. Memandangkan ilmu dan kemahiran bergambar aku pun 50/50 je.
Buat masa ni,masalah baru tetap datang dan masalah lama kebanyakannya belum selesai. Cuma masalah baru lambat sikit datang. Aku berharap,Kopiko tak menjadi punca akan masalah yang baru nanti. Aku dah la peminat setia Kopiko. Cerita pasal Kopiko,semalam aku pergi 7-Eleven. Beli Kopiko seperti biasa. Sedang aku bayar di kaunter,handphone berbunyi lagu Bat Country part chorus. Gempak kan? Tapi orang yang tengah cakap dengan aku lagi gempak. Tahu siapa? Dato' Ridzuan. Nak bagi aku job. Suruh aku jadi photographer untuk majlis perkahwinan anaknya. Aku teringat pula tentang Dato Ridzuan ni..
Semasa aku bersembang bersama mak,aku tanya pada mak satu soalan. "Mama,siapa nama suami baru mama?" Mak aku jawab "Rizuan bin Kamal. Dato' Ridzuan bin Dato' Kamal. Seorang anak Dato' yang bergelar Dato' juga." Nak terbato' aku dengar. Dah la anak Dato'. Jadi Dato' pulak tu. Kaya berganda mungkin. "Mama banyak cerita pasal Muiz dekat papa baru. Papa baru teringin nak jumpa Muiz. By the way,Muiz jadi freelance photographer kan? Boleh la papa baru contact Muiz untuk jadi photographer bila Afrina kahwin nanti." kata mama. Aku terkedu. Tergamam.
Sebaik saja aku teringat siapa itu Dato' Ridzuan,aku terbato'. Rasa macam tercekik. Halkum tersekat. Sesak nafas. Rasa lemah gemalai. Kerana Afrina akan berkahwin nanti dan aku jadi photographernya. Kenapa aku tak jadi pengantin?! Kopiko,kau ni celaka lah..