teruntuk kalian

untuk kalian
yang tidak sempurna
yang dipersalahkan
yang mengalah
yang ditinggalkan

ambil lah sedikit kata ini
mungkin tidakkan mengubati
segala luka calar di hati
namun untuk terus kuatkan diri

sememangnya takdir itu kejam
ditambah kita tidak sempurna
setiap amarah nan dendam
setiap salah bicara
setiap curang nan culas
setiap usaha yang tak dibalas

teruskan hidup dan mempelajari
bahwa cinta itu sifatnya luas
dan kita dihukum tiap hari
menderita pada rindu yang tak berbalas

semoga kita bertemu cinta
yang akan kita perjuangkan
andai gagal teruskan mencuba
semoga belajar dari kesilapan

semoga bertemu cinta yang kita dambakan




cinta agung

andai aku punya kuasa
dapat memberitahu dunia
khabarkan pada setiap jiwa
bahwa engkau yang aku cinta

pasti tidakkan sama rasanya
berbanding aku bisikkan terus
setiap bait bait cinta
dan hanya engkau seorang
yang mengetahuinya

<3

penerimaan

Tuhan

bila bila kau mahu aku bahagia

kau campak saja lah ikut waktuMu

kerna aku pernah merancang kebahagiaan

dan akhirnya temui kesengsaraan


Tuhan,

terima kasih kerna sedarkan aku

bahwa takdir itu kuasa Mu

kerna aku pernah menyusun sendiri

dan akhirnya jalan itu penuh sepi


Tuhan,

kau jaga lah dia sebaiknya

kerna sepanjang kau pinjamkan dia

aku tersalah cara dan lagi melukainya

maka jaga lah dia agar bahagia sentiasa


Tuhan,

ampunkan segala dosa dia terhadap aku

dan hukum lah tiap air mata dia kerna aku

sememangnya aku lah pendosa tegar

dan dosa dia hanyalah mencintai aku sentiasa


Tuhan,

akan aku ikut waktu Mu

kerna jika diikutkan waktu ku

sudah pasti esok aku menghadap Mu


Tiqa,

terima kasih atas segala cinta

maafkan saya yang buta cinta

semoga hidup awak penuh dengan cinta

dan doakan saya juga bertemu cinta


sadaqallahulazim

doa

Tuhan

capaikan aku kebahagiaan

yang sering aku dustakan

ketika ada bersama dia

ketika kita menyemai cinta


Tuhan

berikan aku kekuatan

agar aku mampu jalani kehidupan

yang sunyi tanpa dia

yang kelam tanpa cahaya


Tuhan

tiap takdirMu aku percaya

segalanya telahpun tertulis

bongkaknya aku meminta

agar perpisahan ini tidak pernah ditulis


Tuhan

kebahagiaan kelak kau berikan

pastinya lebih damai akan kurasakan

namun tiap saat aku tadahkan tangan

agar dialah bahagia yang Kau berikan


Tuhan

sungguh benar sayang aku pada dia

namun apalah guna jika tidak berbalik

sekuat manapun rayuan diri seorang hamba

Kau lebih tahu hati yang sering berbolak balik

rintihan

ingin sekali 

menjadi sepertimu

yang memandang diri ini

seperti orang baru


menganggap semua kenangan

yang kita lalui bersama

seperti hari cerah selepas hujan

bagaikan hilang begitu sahaja


mungkin ini yang kau nantikan

hari dimana kau dan aku

sekadar dua insan selisih melintas jalan

seperti tidak pernah bertemu


sungguh asing aku rasakan

sungguh mudah kau lupakan


pergi

"orang dah buang

kenapa masih sayang?

pergi lah dari dia

jauhilah dia

kau bukan lagi siapa siapa

di mata dia


kau hanya lah sampah

madu dibuang sepah

kulit yang dilupakan kacang"

 - bisikan kepada diri sendiri tiap hari



ranap

untuk kesekian kalinya

aku terjaga dan tersedar

bertahun lama cinta yang dibina

ranap begitu sahaja


tuhan kau kuatkan lah aku

yang lemas dalam keranapan ini

sedang aku hanya insan lemah

yang akan hidup tanpa dia disisi


andai aku tahu ini pengakhirannya

nescaya aku sering berdoa

agar tidak pernah bertemu dia


kuatkan lah aku

cemburu

bodoh bukan

cemburu pada yang bukan milikku

biarlah dia

sedang bahagia

tanpa aku


siapa suruh tak pandai menghargai

sekarang dia sudah berpunya

rasakan lah cemburu itu

minumlah racun cemburu itu

sebagai kifarah buat kau 

yang selalu sakiti hatinya

pesan pesan

kepada kamu

yang dapat menawan hatinya

sebaik sahaja aku melepaskan dia

dengar sini aku berpesan


aku ini tidaklah sempurna

jauh sekali seorang pencinta

kerna itu aku tidak lagi bersamanya

dan kini hatinya kau jaga


aku ingin berpesan pesan

sebagai kawan yang pernah melukainya

jangan pernah sesekali biarkan dia derita

sepertimana aku selalu buat pada dia

menghilang ketika dia menangis

berdiam diri saat dia dirundung sepi


jangan sesekali bikin matanya berair

setiap titisan air matanya itu 

akan dipertanggugjawabkan kepada kamu

kerna hanya lelaki dayus (aku)

membuat wanitanya menangis


jangan sesekali kau hancurkan kepercayaannya

kerna percaya dia mahal

mengambil masa yang lama baginya

akibat kesan kesan trauma

untuk dia percaya semula


akhir kata

tak usah lah dengar kata kata ku ini

kerna aku sendiri gagal mencintai bidadari

sedang pesan pesan ku ini

hanyalah kekesalan yang aku luahkan

bagi pengajaran serta tauladan


undurkan masa

nescaya aku belajar


berharap

satu perasaan yang mampu membunuh

adalah perasaan berharap

pada manusia yang dambakan cinta

pada manusia yang bisa mati esoknya


tiap hari tanpa jemu aku berdoa

hilangkan lah rasa berharap

pada hati yang telah mati

pada cinta yang tidak aku miliki

pada jiwa yang tidak lagi mencari diri ini


semoga Dia sembuhkan 

tiap satu luka yang pernah aku beri

semoga Dia hilangkan

rasa cinta yang menyeksa diri

semoga Dia ranapkan

rasa berharap pada cinta yang mati


namun aku akan terus berharap

selagi bukan aku yang sarungkan cincin di jarimu

maafkan kedegilan aku sayang


siapa tahu

setiap manusia bernafaskan rahsia

mengatakan sesuatu yang bukan difikirannya

ada pun yang jujur namun tidak semuanya

hanya Dia yang tahu segala rahsia


mungkin sayang yang kau ucap hari ini

tidak sepenuh makna sepertimana di hari pertama

mungkin lafaz cinta hanya kerana kau kasihan

mungkin setiap tindakan kau fikirkan dia bukan aku

mungkin kita bercinta hanya lah sekadar menjaga

hati aku, dia dan kamu


setiap manusia penuh rahsia

temukan lah aku dengan kebenaran

sesungguhnya rahsia Dia lagi penuh kejutan


yang pasti cinta aku pada kamu

bukan lah suatu rahsia

kenyataan

sesungguhnya rasa rindu itu perit
rindu kerana kenangan atau masa hadapan
rindu kerana sayang atau terkenang
rindu rasa dirindukan atau diperlukan

rindu itu perit
rindu itu rumit

yang penting
aku rindu 
pada semua
tentang kita

luahan

bertahun punya kenangan

dalam galeri telefon tersimpan

dibawa kemana untuk tatapan

dibuka bila rindu yang keterlaluan


dan hari yang aku paling benci telah tiba

untuk aku buang satu per satu

kenangan yang telah lama tercipta

ditekan buang satu per satu

satu per satu

sehingga keluar air mata darah 

tetap ditekan buang

satu

per

satu


itu baru dalam telefon

belum buang dalam kepala lagi

cilake

memiliki

dulu aku perlekehkan

terma 'cinta tak seharunya memiliki'

dah kenapa kau cinta sesuatu 

yang bukan milik kau?


sekarang sudah terhempas baru terngadah

sudah terduduk lalu terhempap

cinta sahaja tidak mencukupi

untuk menjadikan ia 'memiliki'


11 tahun mencintai

tapi tak ku sangka 

aku tidak memiliki.


pedih

terpaling sunyi

sewaktu kita bersama

hidup aku tak pernah sunyi

walau sentiasa menyendiri

kau sentiasa disisi

kau sentiasa kembali

walau kita berjauhan

walau ada pergaduhan


namun aku buta

terus mengabaikan kau sentiasa

sehingga lah kau dah penat

dan kisah cinta kita tamat


terus hidup aku sunyi

walau bukan menyendiri

tetap rasa sunyi

punya lah sunyi

aku boleh dengar remuk hati sendiri


sunyi mat

malang

 tiap hari aku bertanya

pada si Dia yang mencipta segala

berjuta manusia yang Kau cipta

kenapa aku yang diuji sengsara?


hutang ayah beribu dan bakal muflis

rumah bakal disita

hutang sendiri masih tertunggak

hidup tak tentu arah

kerja 24 jam sentiasa

hal cinta punah semuanya

waktu remaja hilang begitu saja


tanpa lelah aku bertanya

mengapa ujian bertalu aku terima

mungkin aku ini cukup kuat untuk hadapi semua

atau mungkin aku terus pergi kepada Dia


aku tak kuat

tapi aku perlu kuat

untuk bangun semula

atau pergi selamanya

aku harus kuat untuk memilih antara dua


kuatkan lah aku

undeserved

from time to time

my love for you

has began to fade

as i know

your love to me

is already dead


to whoever it may concern

please take care of her

for you

 i used to be

a man who would

bleed to death 

just to make

you smile

and make you feel

loved


but now 

i am bleeding 

to death

without you

by my side

or feeling 

loved


good bye world

nice knowing you


persediaan

tali sudah aku belikan

kerusi sudah aku susun elok

kipas sudah aku matikan

harap kita bertemu esok


cuma yang bernafas hanya lah engkau




ciao

alangkah indah kalau aku pergi, 
pasti senyum mu mekar kembali